Sunday, December 09, 2012

Jersi Harimau Malaya pada AFF Suzuki Cup 2012 versi Padang Besar


Jumaat lalu aku berpeluang untuk menghabiskan hujung minggu ke Padang Besar, Perlis. Aku bersama keluarga bertolak dari Alor Setar dalam lebih kurang pukul 3.00 petang dan sampai disana dalam pukul 4.00 petang. Setiba saja disana perut aku terasa sangat lapar lalu aku terus singgah di salah satu warung di sekitar Bazar Padang Besar pekena pulut ayam. Selepas kenyang barulah ada tenaga untuk jalan-jalan melawat bazar-bazar. Padang Besar memang sangat terkenal dengan menjual baju jersi pasukan bola sepak dan ragbi.





Aku pun terus jalan-jalan lagi untuk mencari kedai yang menjual jersi. Jersi yang aku cari tentulah Jersi Harimau Malaya kerana bersempena pasukan Malaysia mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki Cup 2012 yang sedang berlangsung. Akhirnya, aku berjaya memilikinya…






Thursday, December 06, 2012

Mengatasi Marah Dan Panas Baran Bagi Diri Sendiri Dan Pasangan



Topik kali ini adalah berkaitan dengan sifat amarah dan panas baran. Rasanya kebanyakan individu pernah mengalaminya sama ada untuk diri sendiri, bersama pasangan hidup atau dengan mana-mana individu lain yang berada di sekitar. Apakah yang mendorong sifat marah dan panas baran ? Kebiasaannya perkara yang mendorong seseorang itu untuk berkelakuan sifat seperti ini ialah keadaan persekitaran atau situasi tertentu yang menyebabkan rasa diri seperti dikecewakan lantas timbulnya perasaan marah melampau yang ingin diluahkan sama ada melalui perkataan atau perbuatan.



Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal dan memarahi juga adalah perbuatan manusia yang normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu untuk menterjemahkan rasa marah masing-masing. Jika marah tersebut diterjemahkan sehingga menyebabkan berlakunya sesuatu abnormal seperti mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun, memukul, merosakkan harta benda sehinggakan sampai tahap untuk membunuh, maka perkara ini perlu diatasi, diubah dan dibuang terus dari diri seseorang.




Apakah faktor-faktor penyebab panas baran ? Secara amnya faktor persekitaran dan dalaman menyebabkan punca seseorang individu menjadi panas baran.
  • Perilaku agresif
  • Gejala sosial
  • Beremosi
  • Masalah dalam hubungan keluarga
  • Ego
  • Tekanan perasaan
  • Faktor didikan
  • Bebanan kerja
  • Hubungan kerohanian



Mengatasi panas baran untuk diri sendiri
  • Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan
  • Cuba mendiamkan diri ketika rasa marah
  • Jika marah atau panas baran akibat kesilapan orang lain, hadirkan rasa maaf dalam hati
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat
  • Luah pada masa dan tempat sesuai
  • Tarik nafas dalam-dalam dan panjang jika rasa nak marah
  • Bawa bertenang
  • Cuba untuk senyum
  • Perbaiki kerohanian dalam diri
  • Jika sudah memarahi atau ‘naik hantu’, cuba beristighfar dan mengucap 
  • Alihkan diri ke tempat lain. Berdasarkan hadis Rasulullah :

“Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil wuduk untuk bersuci dan lakukan solat sunah dua rakaat.”



Berhadapan dengan pasangan / orang lain yang sedang marah dan panas baran 
  • Wujudkan aura kesabaran dalam diri.
  • Jangan melawan, berdiam diri tetapi jika ada tanda-tanda si panas baran seperti hendak lepaskan kemarahan melalui perbuatan fizikal perlu pertahankan diri.
  • Beri peluang kepada pasangan untuk luahkan kemarahannya, walaupun dihamburkan dengan kata-kata kasar, kesat dan maki hamun.
  • Jika si panas baran marah kerana kesilapan kita, akui kesalahan itu dan minta maaf padanya.
  • Jangan ulangi perkara yang mendatangkan marah kepada pasangan. Cuba untuk meminimumkan kesalahan. (manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan)
  • Beristighfar. 
  • Cuba untuk senyum walaupun kena marah.
  • Berikan masa kepada pasangan untuk ‘tempoh bertenang’.
  • Memujuk pasangan.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mengatasinya. Apa yang penting ingatkan diri kepada Allah dengan beristighfar. Wallahu a’lam…

Klik artikel dibawah:


Atasi panas baran - Kosmo


Tuesday, November 27, 2012

Ladang Anggur Tasik Beris Sik (Beris Lake Vineyard)


Ladang Anggur Sik. Hmmm… Aku selalu dengar orang cakap pasal ladang anggur kat Sik. Apa yang best sangat kat ladang anggur tu aku pun tak tahu. Oleh kerana teringin nak tahu macam mana rupa tempatnya ladang anggur tersebut maka pada cuti hujung minggu aku sekeluarga telah mengatur strategi untuk melawat ladang anggur tersebut.

Bertolak dari Alor Setar lebih kurang pukul 11.00 pagi dan kami tiba di destinasi pada pukul 12.15 tengahari. Diberi nama Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Lake Vineyard) yang terletak lebih kurang 15km dari pekan Sik melalui jalan menuju ke Nami. Lokasinya terletak bersebelahan dengan Tasik Beris iaitu sebelum jambatan menyeberangi tasik.

Cuaca pada hari tu sangat panas walaupun awan gelap bergumpal gelap di atas kepala. Keluasan ladang agak besar tetapi kawasan untuk pengunjung melawati ladang anggur diterhadkan. Bayaran masuk ialah RM4 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Pengujung boleh memetik seniri anggur di ladang tersebut dengan bayaran yang telah ditetapkan. Terdapat kedai menjual cederahati dan jus anggur yang boleh dibeli pengunjung. Ladang Anggur Tasik Beris dibuka setiap hari bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Papan tanda masuk ke ladang

Pemandangan dari jambatan

Kata aluan di pintu masuk utama


















Monday, November 19, 2012

Larian Jom ! Kitar Semula & Habitat 2012 di Putrajaya


Pada 17 November 2012, aku telah berkesempatan (dipaksa sebenarnya oleh pihak pengurusan) untuk join event Larian Jom! Kitar Semula & Habitat 2012 yang bertempat di Laman 1 Malaysia Putrajaya dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam – PPSPPA.

Semua staf seramai 38 orang yang terlibat telah berkumpul di perkarangan ibu pejabat Environment Idaman Sdn. Bhd. sebelum mula bertolak ke Putrajaya pada pukul 9.00 Jumaat malam dan tiba di destinasi pada pukul 6.30 Sabtu pagi.

Suasana agak meriah setibanya di sana, dan kami mula berlari mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu kategori Fun Run sejauh 3 kilometer. (walaupun 3 km, aku dah penat teruk dengan belari sambil mengusung DSLR) Larian Jom ! Kitar Semula & Habitat 2012  setel pada pukul 12.00 tengahari.