Thursday, September 27, 2012

Nikon Club | Get Together 2 Alor Setar - Muzium Kota Kuala Kedah


Nikon Club Get Together 2 Alor Setar – Muzium Kota Kuala Kedah merupakan aktiviti Nikon Club Kedah yang kedua aku join. Diadakan pada 21 September 2012 hari Jumaat pagi, bertempat di Muzium Kota Kuala Kedah di Kuala Kedah, bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari. Aku pagi-pagi lagi dah bertolak ke tempat kejadian. Sebaik aku sampai memang ramai orang yang dah ada untuk sesi pendaftaran.

Setelah selesai mendapat baju free I AM NIKON  dan sticker cermin semasa sesi pendaftaran, kami semua seramai 106 orang diberi taklimat ringkas mengenai event oleh Abang Rizalis dan Alex Moh. Cuaca pada pagi tu cukup cun cuma sesuai untuk snapshot gambar. Tema utama event adalah model photoshoot dan landscape. Pada pendapat mengenai  event kali ni pemilihan tempat di Muzium Kota Kuala Kedah agak kurang menarik sebab memang tak ada apa pun yang best sebenarnya kat situ. Ditambah pula aku yang baru beginner, lama tak ‘main’ dengan kamera dan juga kamera aku yang hanya berbekalkan kit lens agak terhad kemampuannya, hasil ‘tangkapan’ aku memang agak hampeh. (Aku nena banyak ‘main’ lagi  & kena beli DSLR sendiri lepas nih). Event tamat pada pukul 11.30 dan di akhiri dengan makan-makan ringan.




















Sunday, September 09, 2012

Berapa Jumlah Pinjaman Perumahan Yang Anda Layak?

Membeli rumah merupakan impian semua individu tambahan pula bagi yang sudah berkerja (baru atau lama) dan sudah mempunyai anak pinak tak terkecuali diri aku nih. Namun untuk membeli rumah memerlukan komitmen yang begitu tinggi dan timbul pelbagai persoalan. Antara persoalan yang kerap bermain di fikiran, adakah aku layak untuk buat loan beli rumah ? Berapakah harga rumah yang layak boleh dibeli berdasarkan gaji ? Jom kita klik link URL dibawah...

Berapa Jumlah Pinjaman Yang Anda Layak?