Pada 17 November 2012, aku telah
berkesempatan (dipaksa sebenarnya oleh pihak pengurusan) untuk join event
Larian Jom! Kitar Semula & Habitat 2012 yang bertempat di Laman 1 Malaysia
Putrajaya dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal &
Pembersihan Awam – PPSPPA.
Semua staf seramai 38 orang yang terlibat telah berkumpul di perkarangan ibu pejabat Environment Idaman Sdn. Bhd. sebelum mula bertolak
ke Putrajaya pada pukul 9.00 Jumaat malam dan tiba di destinasi pada pukul 6.30
Sabtu pagi.
Suasana agak meriah setibanya di sana, dan
kami mula berlari mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu kategori Fun Run
sejauh 3 kilometer. (walaupun 3 km, aku dah penat teruk dengan belari sambil mengusung DSLR) Larian Jom ! Kitar Semula & Habitat 2012 setel pada pukul 12.00 tengahari.
No comments:
Post a Comment