Jumaat lalu aku berpeluang untuk
menghabiskan hujung minggu ke Padang Besar, Perlis. Aku bersama keluarga
bertolak dari Alor Setar dalam lebih kurang pukul 3.00 petang dan sampai disana
dalam pukul 4.00 petang. Setiba saja disana perut aku terasa sangat lapar lalu
aku terus singgah di salah satu warung di sekitar Bazar Padang Besar pekena
pulut ayam. Selepas kenyang barulah ada tenaga untuk jalan-jalan melawat
bazar-bazar. Padang Besar memang sangat terkenal dengan menjual baju jersi
pasukan bola sepak dan ragbi.
Aku pun terus jalan-jalan lagi untuk mencari kedai yang menjual jersi. Jersi yang aku cari tentulah Jersi Harimau Malaya kerana bersempena pasukan Malaysia mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki Cup 2012 yang sedang berlangsung. Akhirnya, aku berjaya memilikinya…
1 comment:
terliur tengok nasi lauk ayam ats tu..hehe
follow sini 12
Post a Comment