Saturday, October 19, 2013

Majlis Ibadah Korban Aidiladha 2013

Tidak banyak yang aku dapat kisahkan. Aidiladha tahun ini aku tidak buat korban apa-apa (tahun lepas buat aqiqah anak), cuma mak mertua buat ibadah korban untuk tahun ini setompok. Aku macam biasa berkesempatan untuk merakamkan peristiwa ibadah korban tersebut melalui lensa kamera... tidak banyak gambar yang dirakamkan.













Monday, October 07, 2013

Projek Yang Gagal - AOSHIMA 1/24 Skyline GTR MCR

Gagal, hampeh dan rugi. Itulah kesimpulan yang tepat sekali. Mudah sungguh aku terpengaruh dengan orang lain. Oleh kerana dah terpengaruh, maka aku pun beli Plastic Model Kits (PLAMO) Aoshima – Skyline GTR MCR. Sebelum beli sebenarnya aku dah search kat internet berkaitan PLAMO ni. Wahhh, lawa la dorang tu buat, macam senang ja la nak buat, aku pun kena try buat la, aku pun boleh buat la...



Dengan bermodalkan RM100, maka aku berjaya membelinya. Mula-mula dapat PLAMO nih, bukan main gigih lagi aku mentelaah guide book mcm mana nak pasang. Tapi makin lama, aku seperti tiada masa untuk fokus siapkannya. Dengan kelam-kabut, perasaan  ingin cepat siap, cincai ala balai, akhirnya pemasangan model kits Skyline GTR ni adalah SATU PROJEK YANG GAGAL …









Moral – JANGAN TERLALU MUDAH TERPENGARUH, KENA FOKUS LEBIH, BUAT KAJIAN LEBIH TERPERINCI, SABAR DAN CUBA LAGI PADA MASA AKAN DATANG.

Projek seterusnya... Selamat mencuba sebaik mungkin...