Wednesday, March 14, 2012

Tukar Tayar Baru

Tayar kereta aku dan botak teruk. Kena tukar baru. Niat asal nak tukar 2 biji dulu, next time tukar lagi 2 biji. Tiba hujung minggu yang dijanjikan aku pun pergi ke kedai tayar untuk tukar tayar. Sampai di kedai aku disambut oleh seorang pekerja dan aku dengan berterus terang cakap apa yang aku mahu. "Ok, saya check dulu..." kata pekerja tersebut. Kereta aku pun di jek naik dan keempat-empat tayar kereta dibuka.



Dia kata : " Tayar kereta u sudah botak teruk, u boleh mati kalau terus bawak keta...."
Aku kata : " Alamak, memang teruk betul la... Berapa biji teruk ?"
Dia kata : " Semua la empat biji sekali teruk, 2 bijik tayar depan dah makan benang dalam maa..."

Perrgghh, memang botak teruk tayar aku sebenarnya. Dengan berfikir panjang untuk jangka masa panjang, akhirnya aku bersetuju untuk tukar tayar keempat-empat biji sekali gus. Apa brand bagus ? Hmmm... Aku memilih tayar brand Falken ZE-326. Harga sebiji RM150, kalau dah 4 biji RM600. Percuma balancing, alignment dan tiub besi baru.




Termenung sejenak memikirkan wang ringgit. Sambil-sambil menunggu pekerja itu bekerja megerjakan tayar baru kereta, sempat juga aku melihat koleksi-koleksi sport rim yang ada di kedai. Hmmm... mmg ada yang menarik perhatian tapi apa daya, telan air liur je la... 



Akhirnya semuanya siap dipasang... Alhamdulillah...