Wednesday, May 29, 2013

Dah lama aku teringin beli external/portable hard drive. Suatu ketika dulu pernah ada tapi dah rosak. Memandang keperluan aku untuk memilikinya maka tidak dapat tidak naluri nak membelinya mebuak-buak dan akhirnya berjaya terbeli juga. Pilihan aku ialah branded portable hard drive paling murah boleh dibeli. Cari punya cari, survey punya survey akhirnya aku dapati Western Digital paling murah (area Alor Setar) iaitu model WD Elements 500GB USB 3.0 (untuk makluman portable hard drive WD Elements 500GB USB 3.0 bukan SATA dan tidak boleh diswitch/diguna sebagai hard disk laptop). Simple rekabentuknya,  ringan, warna pun sejenis ja iaitu hitam sebam dan aku rasa memadai untuk kegunaan aku setakat ini.