Thursday, March 21, 2013

Trend Micro Training di One World Hotel, 1 Utama – Part 1


Damansara, satu  tempat yang aku tak pernah sampai. Bagi orang macam aku yang hanya terperuk di Alor Setar kalau dapat pergi ke area Kuala Lumpur etc. boleh dianggap sebagai pergi lawatan, percutian dan makan angin. Hakikatnya aku bukan pergi untuk lawatan dan makan angin tetapi aku dan 2 lagi rakan sekerja dari jabatan MIS (Jimmy & Azuwan) telah ditugaskan untuk menghadiri Trend Micro Officescan Training di One World Hotel di 1 Utama, Bandar Utama Damansara (betulkah nama tempat ni ?). Hari ni masuk kerja separuh hari maka bermulalah expected journey ke Damansara...

12.30 PM – Bertolak dari Alor Setar
2.00 PM – Berhenti makan tengahari di R&R Gunung Semanggol
2.45 PM – Menyambung semula perjalanan
4.15 PM – Berhenti di R&R Ulu Bernam untuk isi minyak kereta
5.15 PM – Mula memasuki area Damansara (jammed teruk)
6.45 PM – Check in di Hotel Sun Inn Dataran Sunway Kota Damansara

Malam menjelang, perut kami bertiga mulai lapar. Dengan hanya berjalan kaki di sekitar Dataran Sunway Kota Damansara, kami membuat keputusan untuk makan malam di Restoran Original Kayu Nasi Kandar. Selepas kekenyangan, kami teruskan pula perjalanan dengan meronda ke lokasi tempat kami akan menghadiri seminar untuk esok hari bagi tujuan mengecam perjalanan ke sana. Setelah mengetahui lokasi sebenarnya kami menuju pula ke UPTOWN. Kami pulang semula dan sampai ke hotel pada pukul 11.00 malam.

Permandangan luar dari tingkap hotel

Antara kempen kebersihan di sini

Antara kempen kita semula di sini. Di Alor Setar patut buat macam ni

Adakah ini bangunan pejabat lama E-Idaman ?

Restoran Original Kayu Nasi Kandar

Inilah menu makan malam aku - lauk ayam dan sotong

Uptown

Uptown

Inilah penangan makan nasi kandar tadi 

Sesuana mulai sunyi pada malam harinya
Bersambung esok...





1 comment:

wakgelas said...

wak pon dh lama X pi damansara jugakks.,ahhHKs