Friday, March 15, 2013

Cermin Mata Baru

Alhamdulillah akhirnya dapat aku bertukar cermin mata baru. Setelah hampir tiga tahun tidak bertukar cermin mata, menempoh pelbagai cabaran dan dugaan serta beberapa kejadian tidak diingini, maka pada tahun 2013 ini tercapai hajat untuk buat cermin mata.

Sebenarnya cermin mata lama telah uzur teruk. Coating pada cerminnya sudah terkopek, calar balar dan cerminnya juga telah menjadi kuning. Keadaannya yang sebegitu sedikit sebanyak mengganggu penglihatan seharian aku. Kebetulan untuk bulan Februari adalah giliran aku dapat duit KUTU RM500 + (BRIM 2.0), memang aku tidak teragak-agak untuk buat cermin mata baru. Untuk kali ini, aku decided untuk buat cermin mata di Focus Point.


Pada hari yang telah dirancang, aku sekeluarga (bini+anak+mak aku+ayah aku) berkunjung ke Focus Point Alor Setar Mall. Aku menyatakan hasrat aku kepada pekerja Focus Point dan tanpa berlengah masa aku menjalani prosedur biasa untuk buat cermin mata. Setelah mata di check dengan computer di dapati power kali ini naik (naik banyak). Kemudian aku diperlukan masuk kedalam satu bilik khas untuk check mata dengan membaca huruf dan nombor. Untuk permulaan aku disuruh menyebut huruf yang terpapar di depan aku dengan menggunakan nilai power kanta cermin mata asal. Dengan ajaib dan terkejut aku dapat membaca semua huruf-huruf dan nombor-nombor kat depan aku. Setelah berbincang dan berpuas hati, aku ambil keputusan untuk mengekalkan nilai power yang sama untuk cermin mata baru.


Proses pemilihan frame / bingkai aku just main hentam ja. Dalam masa 5 minit aku dah decide frame yang aku rasa sesuai kot dengan keselesaan aku. Frame kali ini aku terpilih brand Cyber Eyeworks (tak pernah dengar). Untuk dua previous frame sebelum ni aku pilih brand New Balance NB (ringan). Jadi kesimpulannya yang dapat disimpul matikn >

Photochromic Lenses = RM480
Bingkai Cyber Eyeworks = RM230
Jumlah Keseluruhan = RM710

Memandangkan aku adalah pemilik kad Bonuslink, aku boleh menebus point Bonuslink di Focus Point untuk dapatkan voucher > 960 point = RM10 voucher. Kebetulan point Bonuslink aku hanya dapat menebus voucher RM20 sahaja. Jadi jumlah keseluruhan harga cermin mata baru aku adalah RM690 (tapi cashback dari Focus Point dapat RM71- siapa nak angkat tangan).








Cermin mata baru


Cermin mata lama - cermin kuning dan calar balar, multicoated terkopek

No comments: