Damansara, satu tempat yang aku tak pernah sampai. Bagi orang
macam aku yang hanya terperuk di Alor Setar kalau dapat pergi ke area Kuala
Lumpur etc. boleh dianggap sebagai pergi lawatan, percutian dan makan angin. Hakikatnya aku
bukan pergi untuk lawatan dan makan angin tetapi aku dan 2 lagi rakan sekerja dari jabatan MIS (Jimmy & Azuwan) telah ditugaskan untuk menghadiri Trend
Micro Officescan Training di One World Hotel di 1 Utama, Bandar Utama Damansara
(betulkah nama tempat ni ?). Hari ni masuk kerja separuh hari maka bermulalah expected
journey ke Damansara...
12.30 PM – Bertolak dari Alor Setar
2.00 PM – Berhenti makan tengahari di R&R Gunung Semanggol
2.45 PM – Menyambung semula perjalanan
4.15 PM – Berhenti di R&R Ulu Bernam untuk isi minyak
kereta
5.15 PM – Mula memasuki area Damansara (jammed teruk)
6.45 PM – Check in di Hotel Sun Inn Dataran
Sunway Kota Damansara
Malam menjelang, perut kami
bertiga mulai lapar. Dengan hanya berjalan kaki di sekitar Dataran Sunway Kota Damansara, kami
membuat keputusan untuk makan malam di Restoran Original Kayu Nasi Kandar.
Selepas kekenyangan, kami teruskan pula perjalanan dengan meronda ke lokasi
tempat kami akan menghadiri seminar untuk esok hari bagi tujuan mengecam perjalanan
ke sana. Setelah mengetahui lokasi sebenarnya kami menuju pula ke UPTOWN. Kami
pulang semula dan sampai ke hotel pada pukul 11.00 malam.
|
Permandangan luar dari tingkap hotel |
|
Antara kempen kebersihan di sini |
|
Antara kempen kita semula di sini. Di Alor Setar patut buat macam ni |
|
Adakah ini bangunan pejabat lama E-Idaman ? |
|
Restoran Original Kayu Nasi Kandar |
|
Inilah menu makan malam aku - lauk ayam dan sotong |
|
Uptown |
|
Uptown |
|
Inilah penangan makan nasi kandar tadi |
|
Sesuana mulai sunyi pada malam harinya |
Bersambung esok...
1 comment:
wak pon dh lama X pi damansara jugakks.,ahhHKs
Post a Comment