Sebenarnya aku telah membeli henset keluaran yang lama. Henset ni mula di jual di pasaran dalam bulan September tahun 2010. Sekarang ni dah bulan berapa dan tahun bila ? Almost setahun lepas la kiranya. Hmmm, apa-apa pun bersyukur dapat juga mengganti henset, dapat merasa touch screen dan OS Android.
Apa bestnya guna henset OS Android nih ? Aku yang hanya sebagai end user berpendapat OS Android ni tiada apa-apa pun yang luar biasa. Cuma yang rasa best dapat download dan menggunakan aplikasi-aplikasi yang tersedia di Android Market kebanyakannya boleh di download secara percuma. Mungkin ada lagi yang aku tak explore dan tak tahu apa lagi yang betul-betul best tentang OS Android.
Bercerita perihal henset aku, setelah menggunakannya lebih kurang sepuluh hari, ada 2 kelemahan yang paling amat ketara sekali mengenai Xperia X8.
X8 mempunyai kamera digital 3.2 MP. Yang amat mengecewakan ialah kamera X8 tiada langsung basic setting kamera yang kebiasaannya ada pada henset-henset lain. Kalau nak dibandingkan, setting kamera henset Sony Ericsson C510 lebih best dari X8. Contoh setting yang dimaksudkan ialah seperti pilihan mode gambar yang akan diambil seperti sephia atau b&w, pilih saiz resolusi gambar, white balance, EV dan lain-lain basic setting. Kualiti gambar yang dihasilkan juga agak mengecewakan. Contoh gambar yang diambil menggunakan henset Xperia X8:
2. Jangka hayat bateri
Hari pertama cas bateri sehingga penuh dan guna, tidak dapat tidak cuma bertahan 12 jam sahaja. Aku pun surf internet dan search mengenai isu ini. Melalui beberapa forum yang aku lawati dan baca, henset - henset yang beroperasikan sistem Android kebanyakannya memang bateri cepat ‘kong’. Namun ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk memanjangkan sedikit jangka hayat bateri henset Xperia X8 (henset model lain pun boleh):
1. Turn off kan Wifi, GPS, Bluetooth dan Background Data. Hanya on bila perlu.
2. Kurangkan display brightness henset. Setkan kepada 50%.
3. Padamkan animation.
4. Jangan gunakan live wallpaper seperti Shake Them All. Gunakan static wallpaper.
5. Slow kan sikit ringtone dan mediatone.
6. Setkan display time out kepada 30 saat.
7. Jangan hidupkan fungsi widget di skrin.
8. Off kan Running Services yang rasa tidak diperlukan.
9. Pilih Preferred Network Mode kepada setting GSM (2G). Jangan pilih WCDMA (3G).
Aku telah amalkan petua-petua diatas. Keberkesanannya agak boleh dianggap baik. Henset Xperia X8 dapat bertahan selama dua hari dengan kadar penggunaan biasa, main game dalam 15 minit sehari dan WiFi 15-20 minit sehari.
No comments:
Post a Comment