Friday, July 29, 2011

The Chronicles of Inotia 3 : Children of Carnia

The Chronicles of Inotia 3: Children of Carnia merupakan sebuah game genre RPG yang aku main dalam henset  Xperia X8 aku. Dalam banyak-banyak game yang tersedia di Android Market, game Inotia 3 menjadi pilihan kerana nilai sentimental game ini mengimbau kenangan aku main game Final Fantasy versi Gameboy Advance suatu ketika dahulu. Game The Chronicles Of Inotia 3: Children of Carnia dibangunkan oleh Com2uS dan merupakan kesinambungan siri game Inotia yang sebelumnya.

Game Inotia 3 mempunyai storyline yang agak straight forward dan kebanyakan quest yang perlu diselesaikan agak mudah. Namun oleh kerana ianya bergenre RPG maka ianya memakan masa yang agak lama untuk dihabiskan. Grafiknya agak berkualiti dimainkan di henset Xperia X8 tetapi dengan saiz skrin yang kecil menyebabkan fokus mata kurang selesa. Dari segi kawalan karekter juga adalah baik. Namun begitu rekaan karakter dalam game ini agak kebudak-budakan seolah-olah hanya sesuai dimainkan oleh budak-budak. Menariknya game ini pemain boleh membeli barang atau item seperti baju besi, pedang dan lain-lain barang yang agak rare dan powerful secara online dengan sentuh shop icon di sebelah kanan skrin.

Kesimpulannya, Inotia 3 memenuhi kehendak aku untuk bermain game di henset Xperia X8 walaupun ianya tidaklah betul-betul hebat. Boleh dimain untuk mengisi masa lapang yang seketika dan ketika boring.  Markah yang diberi – 6.5/10.





No comments: