Friday, July 29, 2011

The Chronicles of Inotia 3 : Children of Carnia

The Chronicles of Inotia 3: Children of Carnia merupakan sebuah game genre RPG yang aku main dalam henset  Xperia X8 aku. Dalam banyak-banyak game yang tersedia di Android Market, game Inotia 3 menjadi pilihan kerana nilai sentimental game ini mengimbau kenangan aku main game Final Fantasy versi Gameboy Advance suatu ketika dahulu. Game The Chronicles Of Inotia 3: Children of Carnia dibangunkan oleh Com2uS dan merupakan kesinambungan siri game Inotia yang sebelumnya.

Game Inotia 3 mempunyai storyline yang agak straight forward dan kebanyakan quest yang perlu diselesaikan agak mudah. Namun oleh kerana ianya bergenre RPG maka ianya memakan masa yang agak lama untuk dihabiskan. Grafiknya agak berkualiti dimainkan di henset Xperia X8 tetapi dengan saiz skrin yang kecil menyebabkan fokus mata kurang selesa. Dari segi kawalan karekter juga adalah baik. Namun begitu rekaan karakter dalam game ini agak kebudak-budakan seolah-olah hanya sesuai dimainkan oleh budak-budak. Menariknya game ini pemain boleh membeli barang atau item seperti baju besi, pedang dan lain-lain barang yang agak rare dan powerful secara online dengan sentuh shop icon di sebelah kanan skrin.

Kesimpulannya, Inotia 3 memenuhi kehendak aku untuk bermain game di henset Xperia X8 walaupun ianya tidaklah betul-betul hebat. Boleh dimain untuk mengisi masa lapang yang seketika dan ketika boring.  Markah yang diberi – 6.5/10.





Saturday, July 23, 2011

My Sony Ericsson Xperia X8


Sebenarnya aku telah membeli henset keluaran yang lama. Henset ni mula di jual di pasaran dalam bulan September tahun 2010. Sekarang ni dah bulan berapa dan tahun bila ? Almost setahun lepas la kiranya. Hmmm, apa-apa pun bersyukur dapat juga mengganti henset, dapat merasa touch screen dan OS Android.

Apa bestnya guna henset OS Android nih ? Aku yang hanya sebagai end user berpendapat OS Android ni tiada apa-apa pun yang luar biasa. Cuma yang rasa best dapat download dan menggunakan aplikasi-aplikasi yang tersedia di Android Market kebanyakannya boleh di download secara percuma. Mungkin ada lagi yang aku tak explore dan tak tahu apa lagi yang betul-betul best tentang OS Android.



Bercerita perihal henset aku, setelah menggunakannya lebih kurang sepuluh hari, ada 2 kelemahan yang paling amat ketara sekali mengenai Xperia X8.

1. Kamera

X8 mempunyai kamera digital 3.2 MP. Yang amat mengecewakan ialah kamera X8 tiada langsung  basic setting kamera yang kebiasaannya ada pada henset-henset lain. Kalau nak dibandingkan, setting kamera henset Sony Ericsson C510 lebih best dari X8. Contoh setting yang dimaksudkan ialah seperti pilihan mode gambar yang akan diambil seperti sephia atau b&w, pilih saiz resolusi gambar, white balance, EV dan lain-lain basic setting. Kualiti gambar yang dihasilkan juga agak mengecewakan. Contoh gambar yang diambil menggunakan henset Xperia X8:





2. Jangka hayat bateri

Hari pertama cas bateri sehingga penuh dan guna, tidak dapat tidak cuma bertahan 12 jam sahaja. Aku pun surf internet dan search mengenai isu ini. Melalui beberapa forum yang aku lawati dan baca, henset - henset yang beroperasikan sistem Android kebanyakannya memang bateri cepat ‘kong’. Namun ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk memanjangkan sedikit jangka hayat bateri henset Xperia X8 (henset model lain pun boleh):


1. Turn off kan Wifi, GPS, Bluetooth dan Background Data. Hanya on bila perlu.
2. Kurangkan display brightness henset. Setkan kepada 50%.
3. Padamkan animation.
4. Jangan gunakan live wallpaper seperti Shake Them All. Gunakan static wallpaper.
5. Slow kan sikit ringtone dan mediatone.
6. Setkan display time out kepada 30 saat.
7. Jangan hidupkan fungsi widget di skrin.
8. Off kan Running Services yang rasa tidak diperlukan.
9. Pilih Preferred Network Mode kepada setting GSM (2G). Jangan pilih WCDMA (3G).

Aku telah amalkan petua-petua diatas. Keberkesanannya agak boleh dianggap baik. Henset Xperia X8 dapat bertahan selama dua hari dengan kadar penggunaan biasa, main game dalam 15 minit sehari dan WiFi 15-20 minit sehari.

Tuesday, July 19, 2011

My New Mobile Phone

Henset baru aku. Dah lama cadang nak beli menggantikan henset aku yang telah lama rosak (selama ni pakai henset lama bini aku, tu pun skrin dah cacat sikit). Setelah lama aku menggunakan henset berjenamakan Nokia, kini tukar angin kepada Sony Ericsson. Lama gak aku study tentang henset apa yang patut dibeli, akhirnya yang sesuai dengan bajet kewangan aku adalah Xperia X8 (W8 membuatkan aku fikir 2 kali).

Banyak lagi functions dan features aku belum explore sepenuhnya henset X8 aku nih walaupun dah beberapa hari berlalu. Cuma yang aku dah test ialah WiFi, Papago dan Facebook jer. 


Hmmm… nanti aku akan post lagi hal-hal yang berkaitan dengan henset X8 nih. Walaupun henset ni dah lama ada di pasaran tapi tak salah untuk berkongsi cerita dan experience. Biasala, henset baru beli mesti kena cewi sikit.

Wednesday, July 13, 2011

Apa Sudah Jadi ?

Sejak aku bekerja dengan EISB pada Mac 2011 lalu, tidak dapat tidak memang aku tak dapat lari dengan isu sampah. Ye la kan, namanya pun kerja dengan syarikat pengurusan sampah jadi sampah-sarap adalah topik utama. Walaupun aku bukan dalam department yang terlibat secara langsung dengan pengurusan sisa pepejal sampah-sarap ni, tapi ambil tahu sedikit sebanyak tentang operasi syarikat menjadi satu kemestian.

Sejauh mana pun berusaha berhempas pulas mempertingkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal sampah-sarap oleh syarikat, tapi kesedaran yang hampeh, perangai buruk orang ramai dan masyarakat pasal masalah pembuangan sampah-sarap... hmmm...







Tuesday, July 12, 2011

Masih Tiada

Hari ni hampir setengah bulan berlalu untuk Julai. Lambat lagi nak gaji. Dalam kepala ni dah ada macam-macam plan untuk menghabiskan duit dan semuanya adalah untuk kegunaan rumah tangga, diri sendiri dan hutang piutang. Sedar tak sedar sudah lama aku tak update blog aku nih. Nanti lah kot bila isu kewangan aku dah stabil sikit dan masa terluang bersama Blogspot... Insyaallah...