Saturday, November 26, 2011

UEM GROUP ANNUAL DINNER 2011

Aku dapat call berkaitan kerosakan komputer dari Kubang Pasu Service Unit. Tanpa buang masa aku pun shoot ke tempat kejadian. Sedang aku buat kerja baik pulih, tiba-tiba aku ditanya oleh member aku, "Malam ni hang pi tak Dinner UEM kat Dewan Wawasan Jitra ?". Aku tak menjawab soalan tersebut kerana aku tak tersenarai dalam list tetamu yang dijemput. Dalam setengah jam kemudian aku terima sms dari bos aku untuk menghadiri Dinner tersebut kerana banyak lagi kekosongan jemputan yang perlu diisi. 

Aku pun balik semula ke office headquarters dan bincang dengan Encik Azuwan macam mana halnya tentang Dinner malam sat lagi. Dia akan tumpang aku untuk ke Dinner tersebut. Segalanya bermula pada pukul 8.00 malam. Apa-apa pun niat aku cuma nak makan free ja dan ianya amat berbaloi. Majlis tamat pada pukul 11.00 malam.





Thursday, October 27, 2011

Hotlink Perpaid ke Maxis Value First Postpaid

Pada 18 Oktober lalu aku dapat call dari satu nombor yang tidak dikenali. Rupanya ianya adalah panggilan daripada operator yang mendakwa dirinya  adalah wakil dari syarikat telekomunikasi terkenal iaitu Maxis. Tujuan panggilan itu dibuat adalah untuk menawarkan aku untuk menukar penggunaan pelan Hotlink prepaid aku kepada pelan Maxis Value First  postpaid.

Sumber gambar :  Laman web Maxis   

Awek operator Maxis tu jugak beritahu aku, ada promotion jika aku subscribe pelan Value First ni iaitu, dapat Supplementary Line percuma (tapi bulan2 kena bayar ler kalau guna), dapat usb SIM card reader percuma dan enam bulan pertama diskaun RM10 setiap bulan (tak berapa yakin sangat). “Macam mana ? Encik nak subscribe sekarang ke?”, soalan yang memerlukan aku buat keputusan. Hanya berfikir dalam beberapa saat, aku pun bersetuju untuk subscribe penukaran dari Hotlink prepaid kepada Maxis Value First postpaid. Awek tu mintak alamat untuk post borang sign agreement beserta dengan supplementary line dan sim card reader.


Pada petang keesokan harinya, muncul mamat dari GedEx bersama barang yang dijanjikan Maxis sampai ke tangan aku. Jumaat pagi 20 Oktober, dengan automatik dan secara rasminya aku telah menerima satu sms pengesahan bahawa aku adalah pengguna Value First postpaid. Hmmm… bermula episod bayar bil bulan-bulan.

Saturday, October 08, 2011

Servis Kereta

Masa yang sesuai nak ambil kisah pasal kereta adalah pada hujung minggu. Aku telah buat keputusan untuk servis Blanco pada hari Sabtu ni. Sekadar tukar minyak hitam dan oil filter. Pukul 9.30 pagi dah  meluru ke bengkel kereta. Aku bernasib baik kerana tak ramai orang yang datang servis kereta di situ. Aku terus dilayan on the spot. Mekanik yang bekerja disitu datang bertanya kat aku, " Ya bos, ada apa mau ?". Aku pun menyatakan hasrat aku. Mekanik tu tanpa membuang masa terus mencapai peralatan yang berkaitan. Aku memerhati dengan penuh kagum. 

Sedang asyik aku dok memerhati mekanik tu buat kerja, tiba-tiba aku teringat lowered spring yang En Khodri hadiahkan kat aku minggu lepas. Aku pun tanya mekanik tu upah pasang spring, RM50 katanya, aku pun terus setuju dan suruh dia pasang spring tu selepas minyak hitam ditukar.Setelah menunggu hampir 45 minit, akhirnya Blanco aku siap diservis dan ditukar spring. Kesimpulannya - minyak pelincir RM55, oil filter RM10, upah servis RM10 dan upah pasang spring RM50. Jumlah keseluruhan ialah RM125.






Monday, September 19, 2011

Pantai Murni Yan Kedah

Sempena cuti Hari Malaysia yang lalu, aku dan bini keluar berjalan-jalan untuk menghilangkan boring duduk dan terperap di rumah. Tapi hakikatnya tak tahu nak berjalan kemana. Tepi laut ? Macam menarik tapi kat area sekitar Alor Setar ni kat mana la yang best. Akhirnya aku buat keputusan untuk ke Pantai Murni di Yan.

Lepas Asar kami bertolak dan kira-kira sejam perjalanan kami pun selamat tiba di destinasi. Memang ramai umat manusia lepaking di Pantai Murni, baik yang single, yang couple, yang berkumpulan dan juga yang bekeluarga. Kat sini terdapat banyak gerai makanan. Aku dan bini pekena rojak buah dan juga char kueyteow. Lepas makan dan bersiar-siar sekejap, kami pun berangkat pulang ke Alor Setar.

 
 
 
 

Tuesday, September 13, 2011

Ayam Penyet Wong Solo


“Jom kita pi makan kat kedai makan sebelah kedai Nasi Ayam Tat”. Aku mengajak bini pergi makan tengah hari Restoran Ayam Penyet Wong Solo. Mula beroperasi sejak Ramdahan 2011 yang lalu. Menu utamanya ialah Ayam Penyet, Ikan Penyet dan Lele Penyet, harga sepinggan ialah RM5.50. Ada lagi menu lain tapi aku tak sempat dan mengingat. Tapi malangnya pilihan minuman di Restoran Wong Solo masih kurang kepelbagaiannya dan harga agak mahal, teh o ais berharga RM2.00 (kedai lain puratanya RM1.00 - RM1.20).
   
Sampai di destinasi, ambil port dan order Nasi Ayam Penyet dan teh o ais. Tunggu dalam 10 minit pesanan yang dipesan dihidangkan. Menariknya makanan dihidang dalam bakul beralaskan daun pisang. Nasi dihidangkan bersama ayam penyet, tokua goreng, terung goreng dan tempe goreng serta sup, salad dan sambal istimewa. Setelah habis makan dengan nafsunya, kesimpulan yang boleh disimpulkan Nasi Ayam Penyet Wong Solo memang sedap dan boleh diulang makan pada ketika lainnya (tapi ikut selera anak tekak jugak). 

Pekerja di restoran ini semuanya pekerja yang didatangkan dari Indonesia.  Kacak bila dipakai seragamkan dengan pakaian ala-ala Jawa.






Monday, August 29, 2011

MKMC Northern Crew berbuka puasa di Kuala Perlis

Pada Sabtu 27 Ogos 2011, Malaysian Kenari Move Community Northern Crew (MKMC) telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di Kuala Perlis. Berkumpul di Menara Alor Setar pada pukul 4.30 petang sebelum bertolak dan tiba di destinasi pada pukul 6.30 petang. Acara berakhir pada pukul 8.30 malam dan semua ahli bersurai pulang ke rumah pada jam 9.00 malam.