Masa yang sesuai nak ambil kisah pasal kereta adalah pada hujung minggu. Aku telah buat keputusan untuk servis Blanco pada hari Sabtu ni. Sekadar tukar minyak hitam dan oil filter. Pukul 9.30 pagi dah meluru ke bengkel kereta. Aku bernasib baik kerana tak ramai orang yang datang servis kereta di situ. Aku terus dilayan on the spot. Mekanik yang bekerja disitu datang bertanya kat aku, " Ya bos, ada apa mau ?". Aku pun menyatakan hasrat aku. Mekanik tu tanpa membuang masa terus mencapai peralatan yang berkaitan. Aku memerhati dengan penuh kagum.
Sedang asyik aku dok memerhati mekanik tu buat kerja, tiba-tiba aku teringat lowered spring yang En Khodri hadiahkan kat aku minggu lepas. Aku pun tanya mekanik tu upah pasang spring, RM50 katanya, aku pun terus setuju dan suruh dia pasang spring tu selepas minyak hitam ditukar.Setelah menunggu hampir 45 minit, akhirnya Blanco aku siap diservis dan ditukar spring. Kesimpulannya - minyak pelincir RM55, oil filter RM10, upah servis RM10 dan upah pasang spring RM50. Jumlah keseluruhan ialah RM125.
No comments:
Post a Comment