Friday, December 17, 2010

Komputer 1 Malaysia (Netbook 1 Malaysia)

Pada Khamis petang 16.12.2010, barang yang telah dijanjikan TM Streamyx telah pun selamat sampai ke kediaman aku. Barang apa tu ? Tentulah Komputer 1 Malaysia (aku lebih suka panggil Netbook 1 Malaysia). Semua ini terjadi gara-gara line Streamyx rumah aku telah dinaiktaraf kepada pakej Wireless Modem (D-Link) 1 mbps.

Tanpa berfikir panjang aku pun test pasang dan explore. Tak ada apa yang best kerana netbook ni menggunakan OS Windows 7 Starter Edition yang telah dikurangkan banyak function dan features. Lain-lain sama saja seperti netbook brand lain. Setelah dibelek-belek dari semua sudut dan arah, terlintas difikiran aku cantik juga design netbook ni. Fikir-fikir balik, ok la dapat netbook free ni (terma & syarat), just guna untuk surfing internet. Tapi malangnya (aku minta maaf banyak2), logo 1 Malaysia yang terpampang di luar netbook ni membuatkan aku betul-betul rimas, jadi aku tanggalkan logo tersebut. Baru nampak elegan sket...











No comments: