Wednesday, December 29, 2010

Tuesday, December 21, 2010

How to change Windows 7 Starter wallpaper



Seperti sedia maklum, Windows 7 Starter Edition tidak sediakan fungsi untuk user menukarkan wallpaper atau desktop wallpaper seperti versi-versi Windows 7 yang lain. Sila rujuk link dibawah untuk 'kekurangan' fungsi ini.

http://windows.microsoft.com/en-MY/windows7/personalize-your-computer

Mesti rata-rata pengguna netbook yang mengunakan Windows 7 Starter Edition merasakan bahawa netbook yang dimiliki terasa kurang sesuatu dan hampeh. Semasa aku tengah surfing beberapa laman web, aku ada terjumpa satu perisian yang membolehkan user Windows 7 Starter untuk tukar wallpaper. Software ini telah diberi nama Starter Wallpaper Changer. Screenshot software ini adalah seperti berikut :


Run software, pastu akan keluar tetingkap seperti diatas



Kemudian klik browse dan pilih gambar yang diinginkan untuk jadi wallpaper



Setelah gambar dipilih, klik apply



Tetingkap seperti diatas muncul, ikut saja arahannya


Keberkesanannya memang terserlah. Namun software ini hanya untuk mengubah wallpaper sahaja. Untuk tukar theme diharapkan ada software yang boleh merealisasikan feature ini. Tapi kepada sesiapa yang advance, format ja netbook anda kepada Windows 7 versi lain. Sebenarnya ada beberapa lagi software lain yang membolehkan user Windows 7 Starter menukar wallpaper, antaranya Oceanis dan Stardock.

Kepada yang ingin download sofware Starter Wallpaper Changer ni, klik link dibawah :

http://oron.com/gql7sn6epqwh/Wallpaper_Changer.exe.html



Friday, December 17, 2010

Komputer 1 Malaysia (Netbook 1 Malaysia)

Pada Khamis petang 16.12.2010, barang yang telah dijanjikan TM Streamyx telah pun selamat sampai ke kediaman aku. Barang apa tu ? Tentulah Komputer 1 Malaysia (aku lebih suka panggil Netbook 1 Malaysia). Semua ini terjadi gara-gara line Streamyx rumah aku telah dinaiktaraf kepada pakej Wireless Modem (D-Link) 1 mbps.

Tanpa berfikir panjang aku pun test pasang dan explore. Tak ada apa yang best kerana netbook ni menggunakan OS Windows 7 Starter Edition yang telah dikurangkan banyak function dan features. Lain-lain sama saja seperti netbook brand lain. Setelah dibelek-belek dari semua sudut dan arah, terlintas difikiran aku cantik juga design netbook ni. Fikir-fikir balik, ok la dapat netbook free ni (terma & syarat), just guna untuk surfing internet. Tapi malangnya (aku minta maaf banyak2), logo 1 Malaysia yang terpampang di luar netbook ni membuatkan aku betul-betul rimas, jadi aku tanggalkan logo tersebut. Baru nampak elegan sket...











Wednesday, December 15, 2010

16 days countdown to 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik pejam celik dah nak berakhir tahun 2010 dan kian menjelma tahun 2011. Awal Muharam bagi tahun 1432 H juga baru saja berlalu. Adalah perkara biasa apabila menjelma saja tahun baru, barangkali kebanyakan individu menyemat azam tahun baru. Tak kisahlah apa yang diazamkan tapi itulah selalu yang kita dengar. Apatah lagi kalau dalam suratkhabar khususnya bahagian hiburan melibatkan artis, ada saja para artis meluahkan azam tahun baru mereka, nak itu nak ini la, harapan itu harapan ini la, berubah itu berubah ini la, itu ini la. Hahaha, kekadang terketawa juga bila membacanya.

Aku ? Aiseh, kena berazam juga ke ? Rimas la sebenarnya memikirkannya untuk tahun baru ni. Rasanya adalah perlu kot untuk aku tidak nyatakan apa yang terbuku di hati bagi menjelang tahun 2011. Sebenarnya berpack-pack muncul dalam kotak bungkusan fikiran aku mengenai azam, hajat, cita, harapan dan perubahan yang perlu dilakukan untuk 2011. Apa-apa pun 16 hari saja lagi tinggal untuk tahun 2010 dari tarikh post ni. Adakah sempat lagi untuk aku realisasikan azam, hajat, cita, harapan dan perubahan yang tertangguh untuk minggu-minggu terakhir bagi tahun 2010 sedangkan 2011 kian mendatang ? Hmmm... Termenung panjang seketika...


Monday, December 06, 2010

Kenduri Kahwin Hanif Guar Chempedak


Pada 4 Disember 2010, aku (& isteri) dan Saiful Islam NCRC (Pon) telah berkonvoi ke kenduri kahwin Hanif di Guar Chempedak. Kami bergerak pada pukul 2.00 petang dan tiba di tempat kejadian pada pukul 2.45 petang. Ketibaan aku di sana disambut dengan panggilan telefon daripada Al-Rapur. Alahai, sanggup Al-Rapur dari Terengganu hadir ke kenduri kahwin Hanif. Di sana kawan-kawan aku yang lain telah pun tiba. Setelah selesai menjamu nasi minyak dan sesi bergambar, kami semua sepakat pulang ke destinasi masing-masing pada pukul 4.00 petang.


Suasana majlis ketika tiba


Saiful Islam, Mat Arnizan, Johari dan Naim selepas makan


Rapur dan Ghani


Rapur dan Hanif


Gaya Saiful Islam menjawab panggilan telefon bininya


Bergambar bersama pengantin


Bergambar bersama pengantin


"Malam ni jangan lupa laksanakan tanggungjawab hang" kata Saiful Islam kepada Hanif


Hanif dan Mat Arnizan


Abang Jo dengan senyuman yang unik


Elisa, ikan kesayangan Saiful Islam


Elisa, ikan kesayangan Saiful Islam


Gathz kecil NCRC members : Paanasir dan Saiful Islam
( Blanco aku jauh dibelakang )



Tahniah diucapkan kepada Hanif dan pasangannya. Di harap walaupun lepas kahwin, masih dapat lagi bertemu dan meluang masa bersama kami. Terima kasih kepada Saiful Islam kerana belanja aku makan Koteow Iman pada Khamis malam Jumaat.