Tuesday, July 13, 2010

Baru aku tahu caranya - Vignette Effect

Hari ini tak banyak kerja untuk dibuat dalam pejabat, cuma surfing internet sahaja dan berfacebook. Boring betul dan aku pun mencari la laman-laman web berkaitan fotografi. Maka terjumpalah sesuatu yang selama ini aku cari. Selama ini aku guna cara lambat, tetapi hasil kerajinan aku maka terjumpalah dalam laman web http://adhadimohd.com. Rupa-rupanya kesan effect yang aku nak buat sangat ini namanya Vignette. Tidak sampai 15 saat aku buat dalam Photoshop kesan Vignette ini dapat aku apply dalam gambar yang aku nak. Mungkin bagi orang lain teknik ni dah lama dorang tahu dan telah guna, tapi bagi aku... Hmmm...


Sebelum


Selepas


Aiseh, macam mana la pula boleh letak gambar kereta Kenari kat sini. Bila la agaknya aku boleh convert Blanco aku jadi macam Kenari dalam gambar ni. Insyaallah, nantilah bila berduit nanti.

Monday, July 12, 2010

Sepanyol Juara World Cup 2010

Gol !!! Jaringan Andres Iniesta pada lewat masa tambahan kedua perlawanan hasil lorongan Cesc Fabregas lewat pagi tadi menyaksikan gol tunggal pasukan Sepanyol memenangi World Cup 2010 menentang Belanda. Aku bangun pagi pukul 2.30 pagi hasil dari alarm telefon bimbit isteri aku berbunyi (terima kasih isteriku), basuh muka terus port depan tv. Dengan berbaju warna oren, aku menonton bola dengan penuh harapan pasukan Belanda akan perform yang terbaik.

Pasukan Sepanyol meraikan kemenangan


Separuh masa pertama, pada pandangan aku corak permainan Sepanyol dan Belanda agak seimbang, namun bila masuk separuh masa kedua dalam minit ke-60 ke atas, Belanda dah nampak tak best main bola. Sepanyol yang banyak buat umpanan dan gerakan menarik. Belanda jadi semakin parah bila pemainnya John Heitinga dapat kad kuning kedua = kad merah, dan terus dibuang padang. Akhirnya Sepanyol menjaringkan gol pada minit ke-116. Moment paling aku kutuk maki hamun dan berdebar ialah apabila Arjen Robben dan juga Cesc Fabregas one by one dengan penjaga gol gagal untuk menjaringkan gol.


Statistik perlawanan Belanda dan Sepanyol


Habis saja game, aku terus tutup tv. Hmmm, dah alang-alang pukul 5 pagi lebih dan pula hari Isnin, ambil keputusan untuk terus bersahur dan berpuasa.


Sunday, July 11, 2010

Termenung Sejenak

Assalamualaikum. Rasanya dah agak lama aku tidak posting sesuatu dalam blog aku nih. Agaknya dekat setahun. Selepas berkahwin tidak terlintas langsung nak menulis ayat-ayat dalam blog. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa nak menulis. Semua ini angkara aku melayari blog si Fardy Hisham. Hmmm... dah lama tak buka blogspot, ada templates baru, aku pun try la dan akhirnya berkenan dengan design yang aku guna sekarang.

Semakin hari semakin ada kemajuan dalam kehidupan dan perubahan di kalangan kawan-kawan aku. Bagus dan tahniah diucapkan. Yang belum berkahwin sudah berkahwin, yang tiada kerja sudah bekerjaya, yang belum ada anak sudah ada seorang dua. Dan tidak juga kurangnya yang hidup gelak ketawa bersama kini sudah tiada. Memang inilah kehidupan yang aku akan tempuhi, cuma tunggu masa dan usaha aku untuk terus maju dalam kehidupan walaupun aku rasa tiada apa pun pencapaian yang boleh dibanggakan untuk aku setakat sekarang. Kewangan aku makin susut, kesihatan makin tidak memberangsangkan dan jadual kehidupan seharian semakin sibuk dan terbuang begitu saja. Banyak perkara nak kejar dalam satu masa tak sempat...

Alhamdulillah, walaupun aku masih lagi meronta mencari erti kehidupan yang sebenar, aku ucapkan terima kasih kepada yang mengambil berat terhadap aku, terutama sekali isteriku yang tercinta, ibu bapa dan juga kawan-kawan yang masih ada di sisi aku. Yang jauh tu, hanya kenangan saja yang dapat aku 'slide show' kan dalam ruang legar otak aku. Hmmm... tak ada apa lagi kot untuk aku luah hari ni. Tiba-tiba otak 'hang' la pula nak menulis. Hampeh...