Thursday, March 28, 2013

Trend Micro Training di One World Hotel, 1 Utama – Part 2


Pagi-pagi pukul 6.00 sudah bangun tidur, bersiap sedia untuk ke tempat seminar di One World Hotel. Mula bertolak dari hotel kediaman setelah check out pada pukul 7.40 pagi dan tiba di One World Hotel pada pukul 8.20 pagi. Seminar bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Lunch di hotel dan kemudian.... unexpected journey bermula. 

Semasa dalam seminar dan waktu lunch kami bertiga telah berkenalan dan beramas mesra dengan dua orang warga TV3. Atas permintaan kami yang muka tak tau malu, akhirnya kami dipelawa untuk melawat Sri Pentas. Beberapa minit selepas menghabiskan masa di Sri Pentas, kami singgah sebentar di 1 Utama Shopping Mall untuk cuci mata. Tepat pukul 3.40 tengahari, bertolak pulang menuju ke utara tanah air, dan tiba di Alor Setar pada pukul 10.00 malam. 

Hotel tempat bermalam

Hotel tempat kursus dijalankan
Tempat melepak dan menunggu
Bilik kursus dijalankan

Lobi hotel

Sesi makan tengahari

Sesi makan tengahari

Beberapa cucuk satay

Aiskrim keladi + jagung

Bersama warga TV3

Sri Pentas TV3

Siaran Berita Buletin Utama berlaku di sini

TV3 & NTV7

Bilik kawalan

Bilik kawalan

Studio Wanita Hari Ini

1 Utama Shopping Mall

Thursday, March 21, 2013

Trend Micro Training di One World Hotel, 1 Utama – Part 1


Damansara, satu  tempat yang aku tak pernah sampai. Bagi orang macam aku yang hanya terperuk di Alor Setar kalau dapat pergi ke area Kuala Lumpur etc. boleh dianggap sebagai pergi lawatan, percutian dan makan angin. Hakikatnya aku bukan pergi untuk lawatan dan makan angin tetapi aku dan 2 lagi rakan sekerja dari jabatan MIS (Jimmy & Azuwan) telah ditugaskan untuk menghadiri Trend Micro Officescan Training di One World Hotel di 1 Utama, Bandar Utama Damansara (betulkah nama tempat ni ?). Hari ni masuk kerja separuh hari maka bermulalah expected journey ke Damansara...

12.30 PM – Bertolak dari Alor Setar
2.00 PM – Berhenti makan tengahari di R&R Gunung Semanggol
2.45 PM – Menyambung semula perjalanan
4.15 PM – Berhenti di R&R Ulu Bernam untuk isi minyak kereta
5.15 PM – Mula memasuki area Damansara (jammed teruk)
6.45 PM – Check in di Hotel Sun Inn Dataran Sunway Kota Damansara

Malam menjelang, perut kami bertiga mulai lapar. Dengan hanya berjalan kaki di sekitar Dataran Sunway Kota Damansara, kami membuat keputusan untuk makan malam di Restoran Original Kayu Nasi Kandar. Selepas kekenyangan, kami teruskan pula perjalanan dengan meronda ke lokasi tempat kami akan menghadiri seminar untuk esok hari bagi tujuan mengecam perjalanan ke sana. Setelah mengetahui lokasi sebenarnya kami menuju pula ke UPTOWN. Kami pulang semula dan sampai ke hotel pada pukul 11.00 malam.

Permandangan luar dari tingkap hotel

Antara kempen kebersihan di sini

Antara kempen kita semula di sini. Di Alor Setar patut buat macam ni

Adakah ini bangunan pejabat lama E-Idaman ?

Restoran Original Kayu Nasi Kandar

Inilah menu makan malam aku - lauk ayam dan sotong

Uptown

Uptown

Inilah penangan makan nasi kandar tadi 

Sesuana mulai sunyi pada malam harinya
Bersambung esok...





Friday, March 15, 2013

Cermin Mata Baru

Alhamdulillah akhirnya dapat aku bertukar cermin mata baru. Setelah hampir tiga tahun tidak bertukar cermin mata, menempoh pelbagai cabaran dan dugaan serta beberapa kejadian tidak diingini, maka pada tahun 2013 ini tercapai hajat untuk buat cermin mata.

Sebenarnya cermin mata lama telah uzur teruk. Coating pada cerminnya sudah terkopek, calar balar dan cerminnya juga telah menjadi kuning. Keadaannya yang sebegitu sedikit sebanyak mengganggu penglihatan seharian aku. Kebetulan untuk bulan Februari adalah giliran aku dapat duit KUTU RM500 + (BRIM 2.0), memang aku tidak teragak-agak untuk buat cermin mata baru. Untuk kali ini, aku decided untuk buat cermin mata di Focus Point.


Pada hari yang telah dirancang, aku sekeluarga (bini+anak+mak aku+ayah aku) berkunjung ke Focus Point Alor Setar Mall. Aku menyatakan hasrat aku kepada pekerja Focus Point dan tanpa berlengah masa aku menjalani prosedur biasa untuk buat cermin mata. Setelah mata di check dengan computer di dapati power kali ini naik (naik banyak). Kemudian aku diperlukan masuk kedalam satu bilik khas untuk check mata dengan membaca huruf dan nombor. Untuk permulaan aku disuruh menyebut huruf yang terpapar di depan aku dengan menggunakan nilai power kanta cermin mata asal. Dengan ajaib dan terkejut aku dapat membaca semua huruf-huruf dan nombor-nombor kat depan aku. Setelah berbincang dan berpuas hati, aku ambil keputusan untuk mengekalkan nilai power yang sama untuk cermin mata baru.


Proses pemilihan frame / bingkai aku just main hentam ja. Dalam masa 5 minit aku dah decide frame yang aku rasa sesuai kot dengan keselesaan aku. Frame kali ini aku terpilih brand Cyber Eyeworks (tak pernah dengar). Untuk dua previous frame sebelum ni aku pilih brand New Balance NB (ringan). Jadi kesimpulannya yang dapat disimpul matikn >

Photochromic Lenses = RM480
Bingkai Cyber Eyeworks = RM230
Jumlah Keseluruhan = RM710

Memandangkan aku adalah pemilik kad Bonuslink, aku boleh menebus point Bonuslink di Focus Point untuk dapatkan voucher > 960 point = RM10 voucher. Kebetulan point Bonuslink aku hanya dapat menebus voucher RM20 sahaja. Jadi jumlah keseluruhan harga cermin mata baru aku adalah RM690 (tapi cashback dari Focus Point dapat RM71- siapa nak angkat tangan).








Cermin mata baru


Cermin mata lama - cermin kuning dan calar balar, multicoated terkopek

Sunday, March 10, 2013

NIKON TUBMLER 24-70 & NIKON 1 8GB FLASH DRIVE


Akhirnya penantian untuk dapat hadiah saguhati dari Nikon sempena Nikon Photo Search Alor Setar boleh dituntut dari En Rizalis di Food Court Giant Souq Al-Bukhari Alor Setar. Hadiah telah dituntut pada 3 Mac 2013 yang lalu pada lunch time. Terima kasih Nikon.