Thursday, December 13, 2012

Rumah Tok Mak Terbakar


Kelmarin, aku ada job di cawangan pejabat baru Kangar Perlis. Pejabat baru pindah nak kena setup untuk networking dan layout kedudukan dalam pejabat. Tengah syok-syok buat kerja aku dapat panggilan menggemparkan daripada sepupu aku lebih kurang pukul 2.30 petang. Dalam perbualan singkat, sepupu aku memberitahu rumah Tok Mak aku di Tanah Merah Pendang hangus terbakar. Memandangkan aku berada di Kangar, memang tak sempat aku nak terus bersegera ke Pendang melihat situasi kejadian.

Menurut cerita daripada saksi, kejadian berlaku lebih kurang pukul 2.00 petang. Kalau dah pukul 3.00 petang baru dapat khabar berita memang dah ‘setel’ dah kejadian tu. Menurut anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran dan membuat siasatan, kerugian dianggarkan lebih kurang RM25k dan punca masih belum diketahui. Tapi dari cerita jiran-jiran sekitar, punca disebabkan litar pintas. Alhamdulillah, tok mak aku dan penyelamatnya sepupu aku Mat Fahmi tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesian kat tok mak aku yang dah uzur, masih belum tahu tentang kejadian rumahnya terbakar kerana dah kurang daya ingatannya (nyanyuk). 








2 comments:

Bunda_nora said...

takziah, walau apa pun selamat untuk tok mak yang berjaya diselamat kan..kesian dia..

Eina Sakinah said...

kesiannyaa :'(