Ladang Anggur Sik. Hmmm… Aku
selalu dengar orang cakap pasal ladang anggur kat Sik. Apa yang best sangat kat
ladang anggur tu aku pun tak tahu. Oleh kerana teringin nak tahu macam mana
rupa tempatnya ladang anggur tersebut maka pada cuti hujung minggu aku
sekeluarga telah mengatur strategi untuk melawat ladang anggur tersebut.
Bertolak dari Alor Setar lebih
kurang pukul 11.00 pagi dan kami tiba di destinasi pada pukul 12.15 tengahari.
Diberi nama Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Lake Vineyard) yang terletak lebih
kurang 15km dari pekan Sik melalui jalan menuju ke Nami. Lokasinya terletak
bersebelahan dengan Tasik Beris iaitu sebelum jambatan menyeberangi tasik.
Cuaca pada hari tu sangat panas
walaupun awan gelap bergumpal gelap di atas kepala. Keluasan ladang agak besar
tetapi kawasan untuk pengunjung melawati ladang anggur diterhadkan. Bayaran
masuk ialah RM4 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak berusia 7 hingga 12 tahun.
Pengujung boleh memetik seniri anggur di ladang tersebut dengan bayaran yang
telah ditetapkan. Terdapat kedai menjual cederahati dan jus anggur yang boleh
dibeli pengunjung. Ladang Anggur Tasik Beris dibuka setiap hari bermula pada
pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Papan tanda masuk ke ladang |
Pemandangan dari jambatan |
Kata aluan di pintu masuk utama |