Nikon Club Get Together 2 Alor
Setar – Muzium Kota Kuala Kedah merupakan aktiviti Nikon Club Kedah yang kedua
aku join. Diadakan pada 21 September 2012 hari Jumaat pagi, bertempat di Muzium
Kota Kuala Kedah di Kuala Kedah, bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 12.00
tengahari. Aku pagi-pagi lagi dah bertolak ke tempat kejadian. Sebaik aku
sampai memang ramai orang yang dah ada untuk sesi pendaftaran.
Setelah selesai mendapat baju
free I AM NIKON dan sticker cermin
semasa sesi pendaftaran, kami semua seramai 106 orang diberi taklimat ringkas
mengenai event oleh Abang Rizalis dan Alex Moh. Cuaca pada pagi tu cukup cun
cuma sesuai untuk snapshot gambar. Tema utama event adalah model photoshoot dan
landscape. Pada pendapat mengenai event
kali ni pemilihan tempat di Muzium Kota Kuala Kedah agak kurang menarik sebab memang
tak ada apa pun yang best sebenarnya kat situ. Ditambah pula aku yang baru beginner,
lama tak ‘main’ dengan kamera dan juga kamera aku yang hanya berbekalkan kit
lens agak terhad kemampuannya, hasil ‘tangkapan’ aku memang agak hampeh. (Aku nena
banyak ‘main’ lagi & kena beli DSLR
sendiri lepas nih). Event tamat pada pukul 11.30 dan di akhiri dengan makan-makan ringan.
2 comments:
Pa an, hang boleh jadi kameraman kawen dah ka?
Tak lah, aku saja suka2 ja join aktiviti club nih...
Post a Comment