Monday, August 06, 2012

Nikon Club | Walkabout Bazar Ramadhan Stadium Darulaman Alor Setar


Nikon Club telah adakan satu event Walkabout sempena puasa di bulan Ramadhan pada 4 Ogos, Sabtu. Aku mengambil kesempatan untuk join event ni dan ianya merupakan penyertaan pertama aku bersama Nikon Club Kedah. Dengan cuaca agak panas dan bahang pada petangnya, aku gagahkan diri aku untuk join dan ternyata berbaloi. Ramai rupanya yang turut serta untuk event walkabout ni. 

Sesampai ja di destinasi, aku terus menuju ke tempat pendaftaran. Nama aku memang dah ada dalam list sebab dah register melalui laman web Nikon. Selepas isi maklumat yang berkaitan, dapatlah goodies dari Nikon yang berupa baju I am Nikon, gelang getah, sticker cermin I am Nikon beserta air mineral dan sekotak buah kurma.

Selepas sesi pendaftaran dan group photo selesai, kami beramai-ramai terus menyerbu bazar ramadhan untuk memulakan misi. Bila dah ramai, rasa segan silu malu hilang, kalau aku seorang saja terhegeh-hegeh nak ambil suasana bazar memang aku tak akan punya… Kami semua selesai melakukan aktiviti lebih kurang dalam pukul 7.00 malam… Penat…


Sesi pendaftaran

Taklimat ringkas

Taklimat ringkas

Suasana di bazar

Suasana di bazar

Suasana petang di bazar

Beratur panjang semata untuk Air Teh Bunga Madu

Sata bakar

Oblong

Kepak ayam gantung

"Nak, meh singgit kat makcik"

Pengunjung bazar

Kebersihan perlu diutamakan.



No comments: