Khamis, minggu terakhir bekerja,
aku terus cabut awal dari tempat kerja menuju balik ke Kg Gelam. On the way dok
drive Blanco, tiba-tiba aku dapat call dari nombor 123. Siapa lagi kalau bukan
Maxis. Dalam perbualan dengan operator salesman Maxis tersebut, aku ditawarkan
untuk melanggan Maxis Broadband pakej paling lekeh sekali iaitu pakej Lite 1.5
GB dengan percuma. Percuma ? Percuma yang dimaksudkan tiada yuran pengaktifan
pendaftaran dan percuma modem Huawei E173. Tapi bulan-bulan kena bayar bil RM38
selama 5 bulan pertama dan bulan ke-6 aku kena bayar RM48. Tempoh kontrak hanya
6 bulan saja. Aku tak fikir panjang, terus setuju dengan tawaran tersebut.
Operator Maxis tu beritahu aku akan menerima Maxis Broadband pada hari Isnin
minggu depan.
Seperti yang dijanjikan, pada
hari Isninnya, aku pun terima satu bungkusan dari GDEX beralamat daripada Maxis
di pejabat aku lebih kurang dalam pukul 4.00 pm gitu. Balik kerja, sampai rumah
terus unpacking bungkusan tersebut.
Lepas unpacking, tanpa membuang masa terus cucuk broadband kat netbook nak try test performance network kat Kg. Gelam ni. Hanya dapat full coverage untuk EDGE. Selepas surf beberapa website, facebook dan email boleh dikatakan tak lah lembab sangat. Apa-apa pun boleh juga berinternet daripada tak boleh langsung cuma...
No comments:
Post a Comment