Saturday, March 05, 2011

Voltage Stabilizer – PIVOT RAIZIN


Apakah Voltage Stabilizer ? Apa kaitanya dengan aku ?

Voltage Stabilizer (VS) adalah sebuah alat atau peranti elektronik yang dicipta untuk menstabilkan voltan yang digunakan sistem kereta. Betul ke ni ? Tak puas hati lagi dengan jawapan tu ? A voltage stabilizer is an electronic device able to deliver relatively constant output voltage while input voltage and load current changes over time. Manalah tahu yang definition English ni membuatkan korang semua lebih faham.

Bagi aku VS ni alat yang dipasang kat kereta untuk bagi komponen elektronik kereta berfungsi dengan elok serta jumlah penggunaan voltannya adalah sekata. Apa kaitan VS ni dengan aku ? Kaitannya ialah aku telah pun membeli dan memasangnya kat Blanco aku. Aku membelinya dengan harga RM50 dari seorang yang mengaku namanya Mad (cari kat Mudah.my).

Ada sebarang perbezaan dan performance untuk kereta aku ? Kat laman web aku ada jumpa kenyataan ini :

There are various advantages of using voltage stabilizer for your car

• Increases Torque at Low and Middle Speeds
• Stabilizes Idling and Improves Engine Kick-Over
• Improves Engine Response
• Increases Headlight Brightness
• Improved Fuel Economy
• Improved Battery Life
• Improves Audio Quality

Hmmm…Secara peribadi, setelah aku test berkaitan VS ini untuk kereta aku, hanya satu ja yang aku rasa ada perubahan iaitu nyalaan lampu kereta, kecerahan jam digital dan lampu display head unit player kereta aku tidak blur sewaktu aircond kereta tengah ‘teran’ kuat. Berkenaan penjimatan minyak kereta serta kualiti sistem audio bertambah baik tidak dapat aku pastikan. Member-member aku cakap, kalau nak best lagi kena wat grounding cable kat kereta. Hah ? Modal semua tu…

Bacaan meter adalah 12.7 ketika kereta tak dihidupkan


Ketika enjin kereta dihidupkan, bacaan meter adalah 14.3

No comments: