Sepatutnya aku post perkara ni lebih awal lagi dalam blog aku, tapi kesibukan yang dialami dan limitasi mengakses internet menyebabkan post ni lewat. Alhamdulillah, pada 15 Mac 2011 yang lalu aku telah bertukar kerja tempat baru, tapi masih lagi jawatan yang lebih kurang sama di tempat kerja lama. Berdebar-debar rasanya bila mula kerja di tempat baru. Setelah berhempas pulas hadiri interview sana sini, rezeki baru aku sekarang ni berada di sini. Setakat sekarang tugas aku ialah monitor laman web, troubleshoot PC dan lakukan hal-hal lain yang berkaitan dengan IT. Hmmm, perjalanan baru bermula…
No comments:
Post a Comment