Cuti hujung minggu betul-betul membosankan. Tak tau apa nak buat. Akhirnya aku dan isteri bersetuju untuk keluar jalan-jalan. Bermulanya kami pergi bersiar-siar ke Alor Setar Mall, untuk melihat gelagat manusia di sekitarnya. Sedang asyik mundar-mandir dalam shopping complex, tiba-tiba perut terasa lapar. Isteri aku pun ajak perkena laksa. Hmmm... good idea jugak time petang-petang kul 4.30 pm macam nih.
Tanpa berlengah masa lagi, dari Alor Setar Mall, kami terus pergi ke destinasi iaitu menghala ke Kuala Kedah mencari restoran yang menyediakan menu laksa. Teluk Kechai, memang terkenal sebagai tempat atau kawasan yang banyak restoran laksa. Hmmm, akhirnya kami ambil keputusan untuk singgah makan di restoran yang ramai orang makan laksa pada waktu tersebut.
3 comments:
mcm besh je.
kalo ada peta google map boleh try p sana.
romantiknya bud....hehehhe
Fardy > Ala Fardy, ko just pi jalan nak pi Kuala Kedah ja...
Hasif > Hg pi la try...
Post a Comment