Pada 21 Januari 2011, Jumaat yang lalu, aku dapat call dari Asyadi, jiran sebelah rumah aku yang juga merangkap bos White Group. Asyadi mengajak aku dan juga isteri untuk join beliau ke Gunung Jerai kerana beliau ada job untuk ambil gambar group photo peserta-peserta kursus di Hotel Regency. Memandangkan aku tak pernah lagi ke naik ke atas Gunung Jerai, maka dengan serta merta aku terima pelawaan Asyadi dengan hati terbuka.
Kami mula bertolak dari Taman Berlian, Anak Bukit pada pukul 3.oo petang dengan menaiki kereta Asyadi. Perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 35 minit kerana Asyadi pandu kereta lebih dari had yang dibenarkan. Kemudian kami pun sampai di kaki Gunung Jerai dan segala urusan untuk ke puncak diuruskan oleh Asyadi. Perjalanan ke atas puncak hanya menggunakan sebuah kereta Nissan Sunny dan memakan masa lebih kurang 20 minit.
Setibanya di puncak Gunung Jerai, Asyadi membiarkan aku dan isteri melakukan aktiviti bebas untuk bersiar-siar di sekitar kawasan hotel. Memang cantik suasana permandangan panorama dari atas puncak Gunung Jerai. Lebih kurang selama hampir sejam mundar-mandir dan bergambar, Asyadi mengajak kami untuk makan hidangan petang yang disediakan oleh pihak hotel. Sedang asyik menikmati hidangan petang, kami semua mendapat khabar berita bahawa kami hanya boleh turun ke kaki gunung pada sebelah malam selepas aktiviti perserta kursus tamat. Sementara menunggu, kami diberi satu bilik hotel untuk berehat. Kami bertiga mengisi kekosongan waktu menunggu dengan bergambar.
Pada pukul 10.30 malam kami pun mula turun ke kaki gunung, dan kami tiba di Taman Berlian pada pukul 12.00 malam. Terima kasih diucapkan kepada Asyadi kerana mempelawa aku dan isteri, segala perbelanjaan ditanggung beres oleh Asyadi.
1 comment:
subhanallah...waaaa..bestnya..
Post a Comment