Gagal, hampeh dan rugi. Itulah
kesimpulan yang tepat sekali. Mudah sungguh aku terpengaruh dengan orang lain.
Oleh kerana dah terpengaruh, maka aku pun beli Plastic Model Kits (PLAMO)
Aoshima – Skyline GTR MCR. Sebelum beli sebenarnya aku dah search kat internet
berkaitan PLAMO ni. Wahhh, lawa la dorang tu buat, macam senang ja la nak buat,
aku pun kena try buat la, aku pun boleh buat la...
Dengan bermodalkan RM100, maka
aku berjaya membelinya. Mula-mula dapat PLAMO nih, bukan main gigih lagi aku
mentelaah guide book mcm mana nak pasang. Tapi makin lama, aku seperti tiada
masa untuk fokus siapkannya. Dengan kelam-kabut, perasaan ingin cepat siap, cincai ala balai, akhirnya pemasangan model
kits Skyline GTR ni adalah SATU PROJEK YANG GAGAL …
Moral – JANGAN TERLALU MUDAH TERPENGARUH,
KENA FOKUS LEBIH, BUAT KAJIAN LEBIH TERPERINCI, SABAR DAN CUBA LAGI PADA MASA
AKAN DATANG.
Projek seterusnya... Selamat mencuba sebaik mungkin... |
No comments:
Post a Comment