Alhamdulillah, untuk tahun 2012
aku dan isteri diberi rezeki untuk menunaikan ibadah aqiqah untuk anak sulung
kami secara tumpang sekaki dengan ibadah korban. Ibadah ini terlaksana pada 27
Oktober 2012, pagi Sabtu bersamaan denga 11 Zulhijah 1433H.
Seawal pagi aku dan isteri dah
bersedia untuk ke tempat ibadah korban yang akan dijalankan. Suasana pada
paginya yang agak berkabus tebal untuk kami redah untuk ke destinasi. Akhirnya
selama tempoh 45 minit, kami pun sampai ke destinasinya iaitu di Sekolah
Menengah Agama Fauzi, Yan Kedah.
Setibanya di sana dalam pukul 9.00
pagi, memang dah ramai umat manusia yang terlebih dulu awal dari aku dan isteri
berpusu-pusu untuk sesi pendaftaran. Sesiapa yang datang daftar awal maka
giliran lembu untuk dikorbankan pun juga awal. Jumlah keseluruhan lembu yang
dikorbankan pada hari tersebut oleh pihak sekolah adalah sebanyak 21 ekor lembu
dan giliran aku adalah pada lembu yang bernombor giliran ke-14 (penat menunggu & berjaya dikorbankan lebih kurang pada
pukul 11.30 pagi).
Yang sebetulnya, hakikat
sebenarnya ini adalah pengalaman pertama aku menyaksikan serta mengambil gambar
untuk proses penyembelihan lembu korban secara live depan mata. Sebelum-sebelum
ni hanya tengok lembu korban yang telah dikorbankan dan yang telah dilapah
(malu betul aku nak tulis kenyataan nih).