Nikon Club telah adakan satu
event Walkabout sempena puasa di bulan Ramadhan pada 4 Ogos, Sabtu. Aku
mengambil kesempatan untuk join event ni dan ianya merupakan penyertaan pertama
aku bersama Nikon Club Kedah. Dengan cuaca agak panas dan bahang pada
petangnya, aku gagahkan diri aku untuk join dan ternyata berbaloi. Ramai
rupanya yang turut serta untuk event walkabout ni.
Sesampai ja di destinasi, aku
terus menuju ke tempat pendaftaran. Nama aku memang dah ada dalam list sebab
dah register melalui laman web Nikon. Selepas isi maklumat yang berkaitan,
dapatlah goodies dari Nikon yang berupa baju I am Nikon, gelang getah, sticker
cermin I am Nikon beserta air mineral dan sekotak buah kurma.
Selepas sesi pendaftaran dan group photo
selesai, kami beramai-ramai terus menyerbu bazar ramadhan untuk memulakan misi.
Bila dah ramai, rasa segan silu malu hilang, kalau aku seorang saja
terhegeh-hegeh nak ambil suasana bazar memang aku tak akan punya… Kami semua selesai
melakukan aktiviti lebih kurang dalam pukul 7.00 malam… Penat…
|
Sesi pendaftaran |
|
Taklimat ringkas |
|
Taklimat ringkas |
|
Suasana di bazar |
|
Suasana di bazar |
|
Suasana petang di bazar |
|
Beratur panjang semata untuk Air Teh Bunga Madu |
|
Sata bakar |
|
Oblong |
|
Kepak ayam gantung |
|
"Nak, meh singgit kat makcik" |
|
Pengunjung bazar |
|
Kebersihan perlu diutamakan. |