Saturday, April 14, 2012

27 Mac 2012

Seawal 8.00 pagi aku dan isteri dah tiba di PAC (Patient Assessment Centre) Hospital Sultanah Bahiyah.  Isteri aku diam saja sepanjang perjalanan dalam kereta, dan sekali sekala berkata kat aku yang dia takut. Aku paham apa perasaan yang ingin disampaikan tapi tuan badan mesti lagi takut dan macam-macam imaginasi kebarangkalian peristiwa yang mungkin perlu dihadapi. 

Hampir 2 jam aku menunggu di ruangan menunggu PAC sementara isteri aku ‘ditemuramah’ oleh doktor. Akhir keputusannya isteri aku perlu ditahan di wad. Aku tidak dibenarkan untuk menemaninya kerana bukan waktu melawat yang hanya bermula pada pukul 12.30 tengahari

Tepat 12.30 tengahari aku bergegas ke wad untuk berjumpa isteri. Sebaik saja tiba di wad aku dipanggil oleh doktor dan diberitahu bahawa isteri aku perlu menjalani pembedahan. Terkesima seketika tapi hati aku yakin perkara ini perlu dilalui dan aku terus turunkan signature aku atas borang yang telah lama dihulurkan oleh doktor tu. Rupanya isteri aku sudah lama telah disiap sediakan untuk dibawa ke dewan bedah. Sepanjang roda katil bergolek menuju ke dewan bedah, aku dan isteri hanya berpandangan mata. Aku risau cara aku dan isteri aku resah hati dengan caranya.





Pukul 12.50 tengahari isteri aku dibawa masuk ke dewan bedah dan aku hanya mampu menunggunya di luar saja menunggunya. Sepanjang proses menunggu aku hanya membaca surah Yasin diselang seli dengan tegur sapa daripada orang lain yang juga menunggu seperti aku. Aku mundar mandir di kaki lima…

 
Pukul 3.15 petang , akhirnya isteri aku keluar dari dewan bedah. Aku hanya mengekori katil yang disorong tolak oleh nurse menuju ke wad.  Sekali lagi aku tidak dibenarkan untuk menemani isteri kerana pada ketika itu bukan waktu melawat. Perlu kembali pada pukul 4.30 petang… Alhamdulillah, syukur semuanya selamat…  (cerita tak habis lagi tapi malas nak mengarang dah)...







1 comment:

mela said...

comey aih anak hang..laki ka pompuan?