Monday, September 19, 2011

Pantai Murni Yan Kedah

Sempena cuti Hari Malaysia yang lalu, aku dan bini keluar berjalan-jalan untuk menghilangkan boring duduk dan terperap di rumah. Tapi hakikatnya tak tahu nak berjalan kemana. Tepi laut ? Macam menarik tapi kat area sekitar Alor Setar ni kat mana la yang best. Akhirnya aku buat keputusan untuk ke Pantai Murni di Yan.

Lepas Asar kami bertolak dan kira-kira sejam perjalanan kami pun selamat tiba di destinasi. Memang ramai umat manusia lepaking di Pantai Murni, baik yang single, yang couple, yang berkumpulan dan juga yang bekeluarga. Kat sini terdapat banyak gerai makanan. Aku dan bini pekena rojak buah dan juga char kueyteow. Lepas makan dan bersiar-siar sekejap, kami pun berangkat pulang ke Alor Setar.

 
 
 
 

Tuesday, September 13, 2011

Ayam Penyet Wong Solo


“Jom kita pi makan kat kedai makan sebelah kedai Nasi Ayam Tat”. Aku mengajak bini pergi makan tengah hari Restoran Ayam Penyet Wong Solo. Mula beroperasi sejak Ramdahan 2011 yang lalu. Menu utamanya ialah Ayam Penyet, Ikan Penyet dan Lele Penyet, harga sepinggan ialah RM5.50. Ada lagi menu lain tapi aku tak sempat dan mengingat. Tapi malangnya pilihan minuman di Restoran Wong Solo masih kurang kepelbagaiannya dan harga agak mahal, teh o ais berharga RM2.00 (kedai lain puratanya RM1.00 - RM1.20).
   
Sampai di destinasi, ambil port dan order Nasi Ayam Penyet dan teh o ais. Tunggu dalam 10 minit pesanan yang dipesan dihidangkan. Menariknya makanan dihidang dalam bakul beralaskan daun pisang. Nasi dihidangkan bersama ayam penyet, tokua goreng, terung goreng dan tempe goreng serta sup, salad dan sambal istimewa. Setelah habis makan dengan nafsunya, kesimpulan yang boleh disimpulkan Nasi Ayam Penyet Wong Solo memang sedap dan boleh diulang makan pada ketika lainnya (tapi ikut selera anak tekak jugak). 

Pekerja di restoran ini semuanya pekerja yang didatangkan dari Indonesia.  Kacak bila dipakai seragamkan dengan pakaian ala-ala Jawa.