Monday, August 29, 2011

MKMC Northern Crew berbuka puasa di Kuala Perlis

Pada Sabtu 27 Ogos 2011, Malaysian Kenari Move Community Northern Crew (MKMC) telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di Kuala Perlis. Berkumpul di Menara Alor Setar pada pukul 4.30 petang sebelum bertolak dan tiba di destinasi pada pukul 6.30 petang. Acara berakhir pada pukul 8.30 malam dan semua ahli bersurai pulang ke rumah pada jam 9.00 malam.



















Sunday, August 28, 2011

Sabtu Yang Hujan

Sabtu pagi, hujung minggu, seperti biasa, hujan, hampir dua minggu. Sepanjang Sabtu, hujung minggu, langit gelap diselubungi kumpulan awan gelap. Aku tengok gelap semacam ja, jadi aku pun keluar rumah dan mendongak ke atas. Hmmm, bila tengok langit dan awan gelap (rasanya awan saja kot yang gelap), aku teringat game Elder Scroll 4: Oblivion yang  aku sendiri tak tahu apa kaitannya game tu dengan langit yang gelap. Pastu, hujan pun turun dengan lebat hingga ke petangnya sebelum aku, bini aku dan MKMC berbuka puasa di Kuala Perlis.






Thursday, August 25, 2011

Bab 2 – Buku Merah

Baru lapan minggu. Itulah hasil scan perut bini aku pada esoknya di klinik Dr Noriah. Kemudian doktor sarankan untuk buat buku merah di Klinik Kesihatan di kawasan bermastautin. Aku pun ambil halfday leave pada 23.08.2011 iaitu Selasa untuk urusan pendaftaran bini aku. 

Seawal sebelum pukul 8.00 kami dah pergi ke Klinik Desa Mukim Tajar untuk buat buku merah. Malangnya hanya hari Ahad sahaja untuk daftar ibu hamil kat klinik desa tersebut. Atas nasihat dan dakwaan misi (jururawat) bertugas kat situ, kami sebenarnya boleh daftar di Klinik Kesihatan Jalan Dato’ Kumbar. Tanpa melengahkan masa kami terus celapak ke sana bagi mengelakkan ramai orang.





Bab 1 – Khabar Berita


Pening dan loya. Sejak dua menjak itulah yang selalu bini ku merungut kat aku. Pada mulanya aku anggap tiada apa-apa. Mungkin biasa bagi yang berpuasa. Tiba-tiba satu hari aku mendapat panggilan telefon dari bini aku bitau yang dia muntah-muntah teruk. Tak boleh jadi nih, makin dibiar makin melarat jadinya. Tanpa berlengah aku pun mintak kelepasan waktu bekerja untuk hari tu dan  mendapat kelulusan serta merta dari Head Department (terima kasih En Halim). Start ja enjin kereta terus singgah di farmasi berdekatan membeli apa yang sepatutnya.

Sampai ja rumah mertua, bini aku sudah lengkap berpakaian untuk pergi kerja menunggu aku di muka pintu rumah. “Ni cuba yang ni dulu sebelum pi kerja“ aku memberi arahan kat bini aku. Dia akur dan masuk semula kedalam rumah, aku hanya menunggunya dalam kereta. Selang beberapa minit bini aku pun keluar dan masuk dalam kereta dengan keadaan tercengang sambil memberi semula kat aku benda yang aku suruh cuba tadi. “Hmm, positif resultnya nih…”. Akhirnya jawapan kepada pening loya dan muntah bini terjawab. Terus hilang loya pening dan muntah bini aku untuk hari tu. (hari-hari yang seterusnya jadi semula gejala tu). Aku hanya diam dan merenung jauh sepanjang perjalanan hantar bini aku ketempat kerjanya... 

Pregnant Test - Positif

Tuesday, August 02, 2011

Huawei IDEOS X3

Penghujung Julai 2011 baru-baru ini, Huawei Device telah memperkenalkan beberapa model smartphone baru di pasaran antaranya ialah Huawei U8510 IDEOS X3.

Sekali diperhatikan, IDEOS X3 menampilkan reka bentuk kerangka S-Line yang bergaya dan padat. IDEOS X3 menggunakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread. Dikuasakan oleh CPU Qualcomm 600Mhz  dan berskrin HVGA yang bersaiz 3.2 inci tidak mendatangkan masalah untuk running pelbagai aplikasi serta melayari web dengan mudah. IDEOS X3 juga dilengkapi dengan 3.2 megapixel autofocus kamera, capaian internet melalui WiFi dan  slot storan luaran microSD sehingga 32GB. Harga di pasaran ialah RM599. Spesifikasi penuh IDEOS X3 klik di sini.



Monday, August 01, 2011

Ramadhan Al-Mubarak Datang Lagi


Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan bagi tahun ini datang lagi. Insyaallah aku tidak akan melepaskan peluang merebut segala kebaikan yang terhidang.

Petang sebelumnya 1 Ramadhan menjelma, iaitu petang 31 Julai dalam pukul 6.30, selepas selesai membeli belah barang keperluan dapur dan rumah untuk persediaan menyambut puasa Ramadhan, on the way nak balik rumah tiba-tiba perut rasa lapar. Dah alang-alang lapar kiranya makan malam sekaligus la rasanya. Aku dan isteri pun berhenti makan di warung tepi jalan Jalan Langgar bertentangan dengan Masjid Al-Bukhari seberang jalan, area tepi pagar tembok Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma.

Pergh, rupanya warung yang kami berhenti nak makan tu menu makanannya char kuey teow. Tak sangka sedap char kuey teownya, dan cadang-cadang nanti boleh datang lagi. Sesudah isi perut bergegas pulang ke rumah untuk solat Maghrib dan standby untuk solat Terawih pertama. Alhamdulillah...