Saturday, February 12, 2011

Yashica FX-3 Manual SLR Camera

Kamera Yashica FX-3 merupakan sebuah kamera SLR manual yang popular sekitar tahun 1979-1984, dikeluarkan oleh Yashica pada 1979. Kamera ini memiliki metal-bladed mechanical menegak dan focal plane shutter dengan kelajuan hingga 1/1000, sebuah meter exposure dengan pembacaan 3-LED sederhana di viewfinder dan tidak mempunyai mod metering atau mod fokus secara automatik.

Kamera ini agak kompak saiznya dan ringan (450 gram) dalam kategori rekabentuk SLR. Antara ciri terbaik yang ditawarkan oleh kamera ini pada tahun tersebut ialah keupayaannya menggunakan lensa manual fokus keluaran Yashica, Contax dan Carl Zeiss. Kamera FX-3 ini juga boleh mengguna speedlite sebagai tambahan flash.


Pada suatu hari, sedang asyik aku mengemas bilik komputer, aku terjumpa sebuah kamera manual SLR, Yashica FX-3 kepunyaan ayah aku. Aku pun buka leather casing dan membeleknya. Wah, klasik betul kamera ini. Aku pun bertanya orang tua aku tu pasal kamera ni, tapi jawapan yang diperolehi darinya ialah dia nak jual kamera manual SLR ni sebenarnya. Berapa ringgit nak jual ? Katanya dalam RM 400. Ada siapa-siapa nak beli ? Boleh nego lagi katanya. Wallahua’lam…

3 comments:

Nana Sanusi | AKUaesthetic said...

masih boleh digunakan?

Nana Sanusi | AKUaesthetic said...

masih boleh digunakan? n lens masih dlm kdn baik? saye ade 1, but shutter n lens problem. sayangnye if jual kalo masih dlm keadaan baik.

adrian780 said...

hey bro leh nego? i nak beli camera nie.. call/msg me kat +6017682207

-adrian