Sunday, February 27, 2011

Workshop Fotografi Ilham Kayaman Studio

Sabtu cuti hujung minggu lalu, aku telah join satu workshop atau bengkel asas fotografi yang dianjurkan oleh Ilham Kayaman Studio bertempat di INSPIN Kedah. Boring-boring tak tau nak buat apa, best jugak join bengkel ni untuk mengisi masa lapang.

Bengkel bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Pengisian bengkel melibatkan asas fotografi seperti setting DSLR, penggunaan ISO, shutter speed, aperture, focus mode dan lain-lain dengan cara yang betul mengikut situasi. Pada sebelah petangnya pula ada sesi photoshoot seorang model. Model ?

Saturday, February 12, 2011

Yashica FX-3 Manual SLR Camera

Kamera Yashica FX-3 merupakan sebuah kamera SLR manual yang popular sekitar tahun 1979-1984, dikeluarkan oleh Yashica pada 1979. Kamera ini memiliki metal-bladed mechanical menegak dan focal plane shutter dengan kelajuan hingga 1/1000, sebuah meter exposure dengan pembacaan 3-LED sederhana di viewfinder dan tidak mempunyai mod metering atau mod fokus secara automatik.

Kamera ini agak kompak saiznya dan ringan (450 gram) dalam kategori rekabentuk SLR. Antara ciri terbaik yang ditawarkan oleh kamera ini pada tahun tersebut ialah keupayaannya menggunakan lensa manual fokus keluaran Yashica, Contax dan Carl Zeiss. Kamera FX-3 ini juga boleh mengguna speedlite sebagai tambahan flash.


Pada suatu hari, sedang asyik aku mengemas bilik komputer, aku terjumpa sebuah kamera manual SLR, Yashica FX-3 kepunyaan ayah aku. Aku pun buka leather casing dan membeleknya. Wah, klasik betul kamera ini. Aku pun bertanya orang tua aku tu pasal kamera ni, tapi jawapan yang diperolehi darinya ialah dia nak jual kamera manual SLR ni sebenarnya. Berapa ringgit nak jual ? Katanya dalam RM 400. Ada siapa-siapa nak beli ? Boleh nego lagi katanya. Wallahua’lam…

Friday, February 04, 2011

Ayam Percik BBQ


Pada Khamis malam Jumaat cuti Tahun Baru Cina, Bang Chik (abang ipar) bercadang nak masak ayam percik ala-ala BBQ. Segala persediaan bahan-bahan mentah yang perlu telah disediakan oleh beliau. Potong-potongan ayam diperap dengan rencahnya bermula pagi. Apabila malam menjelang pukul 8.30 malam, maka acara pun bermula. Saja nak test skill, aku pun snapshot beberapa gambar pada malam tersebut.