Friday, September 04, 2009

NCRC - Gathz Konvoi Merdeka & Berbuka Puasa 2009

Pada 31 Ogos 2009, iaitu pada hari sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-52, aku telah join buat pertama kalinya bersama kelab kereta yang aku telah join - NCRC untuk acara berkonvoi dan berbuka puasa di Dataran Ikan Bakar Sungai Petani. Pada pagi hari Isnin tu, aku pi kedai Savecost untuk repair aku punya air filter. Pastu bermula perjalanan aku ke Sungai Petani...

Dalam pukul 400 petang, aku mula bertolak dari Alor Setar ke Sungai Petani (SP). manakala member2 kelab yang lain bertolak dari Sungai Dua Pulau Pinang ke SP. Yang sebenarnya aku tak berkonvoi pun dengan yang lain sebab aku sorang ja dari Alor Setar. Tempat berkumpul adalah di parking lot depan Honda-Hicom SP.

Kami semua berkumpul kat Honda-Hicom tu dalam pukul 530 petang macam tu. Aku yang baru pertama kali gathz ni ter-kial2 la juga macam kera kena belacan. Yalah, sorang pun aku tak kenal. Akhirnya setelah ter-pinga2 akhirnya Bluefrog datang tegur aku dan me welcome kan aku.




Lama jugak kami melepak kat situ. Masing2 buat hal memasing. Aku pula cuba untuk berkenalan dengan member2 yang lain. Memang bukan semua aku dapat ingat nama dan matchingkan nama dengan orangnya. Sebenarnya yang jadi lama kat parking lot tu sebab tengah menunggu ketibaan Big Bos NCRC ni iaitu En muzill aka Adeqs. Akhirnya pada pukul 630 petang kami pun mula bertolak ke Dataran Ikan Bakar SP.




Perjalanan ke Dataran Ikan Bakar SP tu taklah lama sangat. Dalam pukul 705 petang tu sampai la kami semua di destinasi. Perut aku dah mula shuffle, lapar. Di sana kami ditempatkan di sebuah open table yang panjang dengan lauk pauk telah tersedia terhidang. Tunggu punya tunggu, muazin pun azan, kami semua pun berbuka puasa.






Selepas menjamu selera dan bermesra sesama memember kelab ketika berbuka, kami pun beramai-ramai mula begerak untuk solat Maghrib. Lepas saja solat Maghrib di Masjid Besar SP, dalam pukul 8.45 malam, aku pun bertolak pulang ke Alor Setar.

Aku mengucapkan terima kasih kepada semua memember yang sudi melayan dan berbual dengan aku. Terima kasih juga kepada Adeqs kerana sudi menjemput aku dan atas komitmennya aku boleh gathz bersama.

No comments: