Pada petang 5 Oktober 2009, aku dapat sms dari Zam (Kamisuka), ajak aku gathz kat Joned Cafe di Jalan Stadium dan aku pun jadi turun. Seperti yang dijanjikan pada pukul 830 malam, aku, Kamisuka, Mirmo dan Jazzman dan seorang kawannya pun berjumpa di Joned Cafe tu. Ini adalah first time aku bersua muka dengan Mirmo dan Jazzman. Berbual punya berbual, gebang punya gebang, kami bersepakat nak berjumpa sekali lagi pada keeseokan malamnya 6 Oktober 2009 pukul 930 malam di Restoran Macam-Macam Rasa di Jalan Stadium juga. Gathz kali ni diserikan dengan kehadiran Apen dari Perlis dan RY dari Pokok Sena. Kami semua pon pakat order teh tarik gelas besar ramai-ramai, dan makanan malam masing-masing. Sesi bersembang-sembang tamat lebih kurang pada pukul 1130 malam. Apen belanja kami semua makan. Alhamdulillah.
Wednesday, October 07, 2009
Friday, September 04, 2009
NCRC - Gathz Konvoi Merdeka & Berbuka Puasa 2009
Pada 31 Ogos 2009, iaitu pada hari sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-52, aku telah join buat pertama kalinya bersama kelab kereta yang aku telah join - NCRC untuk acara berkonvoi dan berbuka puasa di Dataran Ikan Bakar Sungai Petani. Pada pagi hari Isnin tu, aku pi kedai Savecost untuk repair aku punya air filter. Pastu bermula perjalanan aku ke Sungai Petani...
Dalam pukul 400 petang, aku mula bertolak dari Alor Setar ke Sungai Petani (SP). manakala member2 kelab yang lain bertolak dari Sungai Dua Pulau Pinang ke SP. Yang sebenarnya aku tak berkonvoi pun dengan yang lain sebab aku sorang ja dari Alor Setar. Tempat berkumpul adalah di parking lot depan Honda-Hicom SP.
Kami semua berkumpul kat Honda-Hicom tu dalam pukul 530 petang macam tu. Aku yang baru pertama kali gathz ni ter-kial2 la juga macam kera kena belacan. Yalah, sorang pun aku tak kenal. Akhirnya setelah ter-pinga2 akhirnya Bluefrog datang tegur aku dan me welcome kan aku.
Lama jugak kami melepak kat situ. Masing2 buat hal memasing. Aku pula cuba untuk berkenalan dengan member2 yang lain. Memang bukan semua aku dapat ingat nama dan matchingkan nama dengan orangnya. Sebenarnya yang jadi lama kat parking lot tu sebab tengah menunggu ketibaan Big Bos NCRC ni iaitu En muzill aka Adeqs. Akhirnya pada pukul 630 petang kami pun mula bertolak ke Dataran Ikan Bakar SP.
Perjalanan ke Dataran Ikan Bakar SP tu taklah lama sangat. Dalam pukul 705 petang tu sampai la kami semua di destinasi. Perut aku dah mula shuffle, lapar. Di sana kami ditempatkan di sebuah open table yang panjang dengan lauk pauk telah tersedia terhidang. Tunggu punya tunggu, muazin pun azan, kami semua pun berbuka puasa.
Selepas menjamu selera dan bermesra sesama memember kelab ketika berbuka, kami pun beramai-ramai mula begerak untuk solat Maghrib. Lepas saja solat Maghrib di Masjid Besar SP, dalam pukul 8.45 malam, aku pun bertolak pulang ke Alor Setar.
Aku mengucapkan terima kasih kepada semua memember yang sudi melayan dan berbual dengan aku. Terima kasih juga kepada Adeqs kerana sudi menjemput aku dan atas komitmennya aku boleh gathz bersama.
Aku mengucapkan terima kasih kepada semua memember yang sudi melayan dan berbual dengan aku. Terima kasih juga kepada Adeqs kerana sudi menjemput aku dan atas komitmennya aku boleh gathz bersama.
Wednesday, August 12, 2009
Thursday, May 14, 2009
Aku sangat berkenan dengan sport rim ni. Berangan-angan nak pasang kat Blanco aku tapi modal tak pernah cukup-cukup. Mungkin makan masa yang agak lama rasanya. Tapi tak tahulah, sesuai atau tidak Blanco aku dengan design rim ni ? Contoh gambar kat bawah ni lebih kurang la agaknya kalau Blanco aku pasang sport rim ni....
Saturday, April 04, 2009
My Blanco Kenari
Tuesday, March 10, 2009
My Siamese Fighting Fish / Ikan Laga Aku
Berikut adalah gambar ikan laga yang aku ambil ketika aku baru mula beli ikan laga ni dari seorang kawan. Tapi apa2 pun minta maaf la gambar kurang elok sikit. Kategori ikan laga aku ni pun aku sendiri tak tau, tapi rasanya Halfmoon kot. Dark Blue Halfmoon Betta Fish la namanya kot. Entahla...
Subscribe to:
Posts (Atom)