Wednesday, March 14, 2012

Tukar Tayar Baru

Tayar kereta aku dan botak teruk. Kena tukar baru. Niat asal nak tukar 2 biji dulu, next time tukar lagi 2 biji. Tiba hujung minggu yang dijanjikan aku pun pergi ke kedai tayar untuk tukar tayar. Sampai di kedai aku disambut oleh seorang pekerja dan aku dengan berterus terang cakap apa yang aku mahu. "Ok, saya check dulu..." kata pekerja tersebut. Kereta aku pun di jek naik dan keempat-empat tayar kereta dibuka.



Dia kata : " Tayar kereta u sudah botak teruk, u boleh mati kalau terus bawak keta...."
Aku kata : " Alamak, memang teruk betul la... Berapa biji teruk ?"
Dia kata : " Semua la empat biji sekali teruk, 2 bijik tayar depan dah makan benang dalam maa..."

Perrgghh, memang botak teruk tayar aku sebenarnya. Dengan berfikir panjang untuk jangka masa panjang, akhirnya aku bersetuju untuk tukar tayar keempat-empat biji sekali gus. Apa brand bagus ? Hmmm... Aku memilih tayar brand Falken ZE-326. Harga sebiji RM150, kalau dah 4 biji RM600. Percuma balancing, alignment dan tiub besi baru.




Termenung sejenak memikirkan wang ringgit. Sambil-sambil menunggu pekerja itu bekerja megerjakan tayar baru kereta, sempat juga aku melihat koleksi-koleksi sport rim yang ada di kedai. Hmmm... mmg ada yang menarik perhatian tapi apa daya, telan air liur je la... 



Akhirnya semuanya siap dipasang... Alhamdulillah...

Sunday, February 05, 2012

BB Strike Gundam SD

Satu-satunya action figure yang aku ada dan masih elok. Dulu rasanya dah ada ambil dan upload gambar Gundam Strike BB dalam blog aku nih - (http://paanasir.blogspot.com/2010/12/my-strike-gundam-bb-action-figure.html). Versi kali ni ambil gambar dari komposisi yang lain pula dengan tambahan DIY action base. Aku cadang nak tambah satu lagi action figure gundam dari versi yang sama sebagai teman kepada Strike Gundam yang sedia ada.





Sunday, January 22, 2012

Saturday, November 26, 2011

UEM GROUP ANNUAL DINNER 2011

Aku dapat call berkaitan kerosakan komputer dari Kubang Pasu Service Unit. Tanpa buang masa aku pun shoot ke tempat kejadian. Sedang aku buat kerja baik pulih, tiba-tiba aku ditanya oleh member aku, "Malam ni hang pi tak Dinner UEM kat Dewan Wawasan Jitra ?". Aku tak menjawab soalan tersebut kerana aku tak tersenarai dalam list tetamu yang dijemput. Dalam setengah jam kemudian aku terima sms dari bos aku untuk menghadiri Dinner tersebut kerana banyak lagi kekosongan jemputan yang perlu diisi. 

Aku pun balik semula ke office headquarters dan bincang dengan Encik Azuwan macam mana halnya tentang Dinner malam sat lagi. Dia akan tumpang aku untuk ke Dinner tersebut. Segalanya bermula pada pukul 8.00 malam. Apa-apa pun niat aku cuma nak makan free ja dan ianya amat berbaloi. Majlis tamat pada pukul 11.00 malam.