Danok, Thailand ? Isteri aku
tiba-tiba bercadang sedemikian untuk hujung minggu ni. Aku terdiam seketika.
Sebenarnya aku tak pernah sampai atau pergi ke Danok walaupun Danok hanya
berjiran sangat-sangat dengan Bukit Kayu Hitam. Malu betul sebagai penduduk di
Kedah tak pernah ke Danok, hahaha
Kalau nak ke Danok kena buat Pas
Sempadan (Border Pass) dulu. Bila nak buat border pass nih ? Esok dah la nak
pergi ke Danok. Mahu tidak mahu malam ni jugak la kena buat border pass.
Satu-satunya pejabat Imigresen yang masih beroperasi sehingga pukul 10.00 malam
ialah pejabat imegresen di bangunan UTC kat tengah bandar Alor Setar.
Bangunan UTC Alor Setar |
Dengan masa yang ada agak terhad,
ditambah aku dan anak aku ketiadaan gambar passport (isteri dah ada), memang
keadaan jadi kelam kabut dengan masa yang tinggal hanya satu jam ke pukul 10.00
malam. Destinasi pertama ialah kedai gambar untuk ambil gambar passport (kedai
berdekatan dengan bangunan UTC). Aku tiada masalah untuk diambil gambar tapi
anak aku yang umur setahun lebih ni agak susah dia nak pose (merengek
memanjang). Alhamdulillah, selesai sudah dan jam pula menunjukkan pukul 9.35
malam.
Amoi kedai gambar tengah edit gambar passport kami |
Kami anak beranak terkejar-kejar
ke bangunan UTC, Pejabat Imigresen terletak di tingkat dua, dan malangnya kena
menapak naik guna tangga (escalator rosak atau renovate ?). Semput jugak la
sementara nak sampai depan kaunter pejabat Imigresen tu. Aku terus pi meluru
kat Kak Long Imgeresen yang sentiasa
standby di kaunter pertanyaan dan beritahu tentang tujuan aku ke sini. Maka Kak
Long tu pun meminta ‘bahan-bahan’ yang diperlukan untuk border pass dapat
diproses.
- Gambar berukuran passport 2 keping setiap seorang (aku, isteri dan anak)
- Kad pengenalan setiap seorang (aku, isteri dan anak)
- Sijil kelahiran anak aku (bawah umur 12 tahun)
- Duit sebanyak RM 10.00
Menunggu giliran di Pejabat Imigresen |
Kebetulan masa tu tak ramai orang
datang berurusan, jadi proses untuk buat border pass hanya memakan masa 10
minit saja. Elok-elok jam pun pukul 10.00 malam kami selesai berurusan dan
akhirnya memperolehi sekeping kertas ala-ala slip peperiksaan SPM yang diberi
nama Pas Sempadan atau lebih sedap disebut Border Pass.
Border Pass dah siap |