KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah bersedia melaksanakan  pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G  kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Jan depan. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais  Yatim yakinprogram itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah berikutan  persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang  sangat baik. 
Kementerian itu bagaimanapun sedang meneliti makna sebenar  istilah'smartphone' yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan  pembeli menerima rebat tunai, katanya kepada pemberita selepas  merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 kementerian itu di Muzium Negara  di sini, Khamis.
"Bila itu beres, saya kira tiada hal lagi (untuk pelaksanaan  pemberian rebat). Ramai yang bertanya, jadi kita nak beri ruang  secukupnya supaya mereka boleh berhubung terus dengan SKMM atau  kedai-kedai dan ejen yang sudah didaftar,"katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan  Belanjawan 2013 di Parlimen September lepas, mengumumkan pemberian rebat  RM200 secara 'one-off'bagi golongan belia membeli satu unit telefon  mudah alih pintar 3G bertujuanmembuka akses maklumat kepada mereka. Mengulas mengenai kajian semula garis panduan proses pembelian drama  daripada syarikat penerbitan tempatan terutama dalam aspek bayaran, Rais  berkata ia akan dijalankan mengikut harga pasaran. 
"Jika perlu kita buat kadar baru, insya-Allah kita buat. Tapi pada  masa ini RTM merupakan pemberi bayaran tertinggi kepada drama atau  telemovie. Harap stesen lain seperti Astro dan Media Prima dapat samakan  kadarnya dengan RTM," katanya.
Rais berkata objektif utama kajian semula itu adalah supaya industri  kreatif negara yang melibatkan bakat mendapat pengiktirafan sewajarnya. BERNAMA 
mStar Online : Rebat Telefon Pintar 3g Dilaksana Januari Tahun Depan - Rais
No comments:
Post a Comment