Tuesday, November 27, 2012

Ladang Anggur Tasik Beris Sik (Beris Lake Vineyard)


Ladang Anggur Sik. Hmmm… Aku selalu dengar orang cakap pasal ladang anggur kat Sik. Apa yang best sangat kat ladang anggur tu aku pun tak tahu. Oleh kerana teringin nak tahu macam mana rupa tempatnya ladang anggur tersebut maka pada cuti hujung minggu aku sekeluarga telah mengatur strategi untuk melawat ladang anggur tersebut.

Bertolak dari Alor Setar lebih kurang pukul 11.00 pagi dan kami tiba di destinasi pada pukul 12.15 tengahari. Diberi nama Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Lake Vineyard) yang terletak lebih kurang 15km dari pekan Sik melalui jalan menuju ke Nami. Lokasinya terletak bersebelahan dengan Tasik Beris iaitu sebelum jambatan menyeberangi tasik.

Cuaca pada hari tu sangat panas walaupun awan gelap bergumpal gelap di atas kepala. Keluasan ladang agak besar tetapi kawasan untuk pengunjung melawati ladang anggur diterhadkan. Bayaran masuk ialah RM4 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Pengujung boleh memetik seniri anggur di ladang tersebut dengan bayaran yang telah ditetapkan. Terdapat kedai menjual cederahati dan jus anggur yang boleh dibeli pengunjung. Ladang Anggur Tasik Beris dibuka setiap hari bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Papan tanda masuk ke ladang

Pemandangan dari jambatan

Kata aluan di pintu masuk utama


















Monday, November 19, 2012

Larian Jom ! Kitar Semula & Habitat 2012 di Putrajaya


Pada 17 November 2012, aku telah berkesempatan (dipaksa sebenarnya oleh pihak pengurusan) untuk join event Larian Jom! Kitar Semula & Habitat 2012 yang bertempat di Laman 1 Malaysia Putrajaya dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam – PPSPPA.

Semua staf seramai 38 orang yang terlibat telah berkumpul di perkarangan ibu pejabat Environment Idaman Sdn. Bhd. sebelum mula bertolak ke Putrajaya pada pukul 9.00 Jumaat malam dan tiba di destinasi pada pukul 6.30 Sabtu pagi.

Suasana agak meriah setibanya di sana, dan kami mula berlari mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu kategori Fun Run sejauh 3 kilometer. (walaupun 3 km, aku dah penat teruk dengan belari sambil mengusung DSLR) Larian Jom ! Kitar Semula & Habitat 2012  setel pada pukul 12.00 tengahari.

















Wednesday, October 31, 2012

Aidiladha 2012 - Ibadah Qurban & Aqiqah


Alhamdulillah, untuk tahun 2012 aku dan isteri diberi rezeki untuk menunaikan ibadah aqiqah untuk anak sulung kami secara tumpang sekaki dengan ibadah korban. Ibadah ini terlaksana pada 27 Oktober 2012, pagi Sabtu bersamaan denga 11 Zulhijah 1433H.

Seawal pagi aku dan isteri dah bersedia untuk ke tempat ibadah korban yang akan dijalankan. Suasana pada paginya yang agak berkabus tebal untuk kami redah untuk ke destinasi. Akhirnya selama tempoh 45 minit, kami pun sampai ke destinasinya iaitu di Sekolah Menengah Agama Fauzi, Yan Kedah.



Setibanya di sana dalam pukul 9.00 pagi, memang dah ramai umat manusia yang terlebih dulu awal dari aku dan isteri berpusu-pusu untuk sesi pendaftaran. Sesiapa yang datang daftar awal maka giliran lembu untuk dikorbankan pun juga awal. Jumlah keseluruhan lembu yang dikorbankan pada hari tersebut oleh pihak sekolah adalah sebanyak 21 ekor lembu dan giliran aku adalah pada lembu yang bernombor giliran ke-14 (penat menunggu  & berjaya dikorbankan lebih kurang pada pukul 11.30 pagi).


















Yang sebetulnya, hakikat sebenarnya ini adalah pengalaman pertama aku menyaksikan serta mengambil gambar untuk proses penyembelihan lembu korban secara live depan mata. Sebelum-sebelum ni hanya tengok lembu korban yang telah dikorbankan dan yang telah dilapah (malu betul aku nak tulis kenyataan nih).