Wednesday, December 15, 2010

16 days countdown to 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik pejam celik dah nak berakhir tahun 2010 dan kian menjelma tahun 2011. Awal Muharam bagi tahun 1432 H juga baru saja berlalu. Adalah perkara biasa apabila menjelma saja tahun baru, barangkali kebanyakan individu menyemat azam tahun baru. Tak kisahlah apa yang diazamkan tapi itulah selalu yang kita dengar. Apatah lagi kalau dalam suratkhabar khususnya bahagian hiburan melibatkan artis, ada saja para artis meluahkan azam tahun baru mereka, nak itu nak ini la, harapan itu harapan ini la, berubah itu berubah ini la, itu ini la. Hahaha, kekadang terketawa juga bila membacanya.

Aku ? Aiseh, kena berazam juga ke ? Rimas la sebenarnya memikirkannya untuk tahun baru ni. Rasanya adalah perlu kot untuk aku tidak nyatakan apa yang terbuku di hati bagi menjelang tahun 2011. Sebenarnya berpack-pack muncul dalam kotak bungkusan fikiran aku mengenai azam, hajat, cita, harapan dan perubahan yang perlu dilakukan untuk 2011. Apa-apa pun 16 hari saja lagi tinggal untuk tahun 2010 dari tarikh post ni. Adakah sempat lagi untuk aku realisasikan azam, hajat, cita, harapan dan perubahan yang tertangguh untuk minggu-minggu terakhir bagi tahun 2010 sedangkan 2011 kian mendatang ? Hmmm... Termenung panjang seketika...


Monday, December 06, 2010

Kenduri Kahwin Hanif Guar Chempedak


Pada 4 Disember 2010, aku (& isteri) dan Saiful Islam NCRC (Pon) telah berkonvoi ke kenduri kahwin Hanif di Guar Chempedak. Kami bergerak pada pukul 2.00 petang dan tiba di tempat kejadian pada pukul 2.45 petang. Ketibaan aku di sana disambut dengan panggilan telefon daripada Al-Rapur. Alahai, sanggup Al-Rapur dari Terengganu hadir ke kenduri kahwin Hanif. Di sana kawan-kawan aku yang lain telah pun tiba. Setelah selesai menjamu nasi minyak dan sesi bergambar, kami semua sepakat pulang ke destinasi masing-masing pada pukul 4.00 petang.


Suasana majlis ketika tiba


Saiful Islam, Mat Arnizan, Johari dan Naim selepas makan


Rapur dan Ghani


Rapur dan Hanif


Gaya Saiful Islam menjawab panggilan telefon bininya


Bergambar bersama pengantin


Bergambar bersama pengantin


"Malam ni jangan lupa laksanakan tanggungjawab hang" kata Saiful Islam kepada Hanif


Hanif dan Mat Arnizan


Abang Jo dengan senyuman yang unik


Elisa, ikan kesayangan Saiful Islam


Elisa, ikan kesayangan Saiful Islam


Gathz kecil NCRC members : Paanasir dan Saiful Islam
( Blanco aku jauh dibelakang )



Tahniah diucapkan kepada Hanif dan pasangannya. Di harap walaupun lepas kahwin, masih dapat lagi bertemu dan meluang masa bersama kami. Terima kasih kepada Saiful Islam kerana belanja aku makan Koteow Iman pada Khamis malam Jumaat.