Tuesday, May 20, 2014
Saturday, January 04, 2014
Saturday, December 14, 2013
Border Pass
Danok, Thailand ? Isteri aku
tiba-tiba bercadang sedemikian untuk hujung minggu ni. Aku terdiam seketika.
Sebenarnya aku tak pernah sampai atau pergi ke Danok walaupun Danok hanya
berjiran sangat-sangat dengan Bukit Kayu Hitam. Malu betul sebagai penduduk di
Kedah tak pernah ke Danok, hahaha
Kalau nak ke Danok kena buat Pas
Sempadan (Border Pass) dulu. Bila nak buat border pass nih ? Esok dah la nak
pergi ke Danok. Mahu tidak mahu malam ni jugak la kena buat border pass.
Satu-satunya pejabat Imigresen yang masih beroperasi sehingga pukul 10.00 malam
ialah pejabat imegresen di bangunan UTC kat tengah bandar Alor Setar.
![]() |
| Bangunan UTC Alor Setar |
Dengan masa yang ada agak terhad,
ditambah aku dan anak aku ketiadaan gambar passport (isteri dah ada), memang
keadaan jadi kelam kabut dengan masa yang tinggal hanya satu jam ke pukul 10.00
malam. Destinasi pertama ialah kedai gambar untuk ambil gambar passport (kedai
berdekatan dengan bangunan UTC). Aku tiada masalah untuk diambil gambar tapi
anak aku yang umur setahun lebih ni agak susah dia nak pose (merengek
memanjang). Alhamdulillah, selesai sudah dan jam pula menunjukkan pukul 9.35
malam.
![]() |
| Amoi kedai gambar tengah edit gambar passport kami |
Kami anak beranak terkejar-kejar
ke bangunan UTC, Pejabat Imigresen terletak di tingkat dua, dan malangnya kena
menapak naik guna tangga (escalator rosak atau renovate ?). Semput jugak la
sementara nak sampai depan kaunter pejabat Imigresen tu. Aku terus pi meluru
kat Kak Long Imgeresen yang sentiasa
standby di kaunter pertanyaan dan beritahu tentang tujuan aku ke sini. Maka Kak
Long tu pun meminta ‘bahan-bahan’ yang diperlukan untuk border pass dapat
diproses.
- Gambar berukuran passport 2 keping setiap seorang (aku, isteri dan anak)
- Kad pengenalan setiap seorang (aku, isteri dan anak)
- Sijil kelahiran anak aku (bawah umur 12 tahun)
- Duit sebanyak RM 10.00
![]() |
| Menunggu giliran di Pejabat Imigresen |
Kebetulan masa tu tak ramai orang
datang berurusan, jadi proses untuk buat border pass hanya memakan masa 10
minit saja. Elok-elok jam pun pukul 10.00 malam kami selesai berurusan dan
akhirnya memperolehi sekeping kertas ala-ala slip peperiksaan SPM yang diberi
nama Pas Sempadan atau lebih sedap disebut Border Pass.
![]() |
| Border Pass dah siap |
Saturday, October 19, 2013
Majlis Ibadah Korban Aidiladha 2013
Tidak banyak yang aku dapat kisahkan. Aidiladha tahun ini aku tidak buat korban apa-apa (tahun lepas buat aqiqah anak), cuma mak mertua buat ibadah korban untuk tahun ini setompok. Aku macam biasa berkesempatan untuk merakamkan peristiwa ibadah korban tersebut melalui lensa kamera... tidak banyak gambar yang dirakamkan.












Monday, October 07, 2013
Projek Yang Gagal - AOSHIMA 1/24 Skyline GTR MCR
Gagal, hampeh dan rugi. Itulah
kesimpulan yang tepat sekali. Mudah sungguh aku terpengaruh dengan orang lain.
Oleh kerana dah terpengaruh, maka aku pun beli Plastic Model Kits (PLAMO)
Aoshima – Skyline GTR MCR. Sebelum beli sebenarnya aku dah search kat internet
berkaitan PLAMO ni. Wahhh, lawa la dorang tu buat, macam senang ja la nak buat,
aku pun kena try buat la, aku pun boleh buat la...

Dengan bermodalkan RM100, maka
aku berjaya membelinya. Mula-mula dapat PLAMO nih, bukan main gigih lagi aku
mentelaah guide book mcm mana nak pasang. Tapi makin lama, aku seperti tiada
masa untuk fokus siapkannya. Dengan kelam-kabut, perasaan ingin cepat siap, cincai ala balai, akhirnya pemasangan model
kits Skyline GTR ni adalah SATU PROJEK YANG GAGAL …
Moral – JANGAN TERLALU MUDAH TERPENGARUH,
KENA FOKUS LEBIH, BUAT KAJIAN LEBIH TERPERINCI, SABAR DAN CUBA LAGI PADA MASA
AKAN DATANG.
| Projek seterusnya... Selamat mencuba sebaik mungkin... |
Saturday, September 28, 2013
Menyepi dan Membisu
Agak sudah lama aku tak ‘suapkan’
apa2 di blog aku ni. Kali terkahir post aku adalah bertarikh 26 Jun 2012
bertemu dengan 26 September 2013 adalah bersamaan 3 bulan tak update.
Sebenarnya aku ada atur dan plan utnuk post sesuatu tapi entah kenapa aku lupa,
tak cukup masa atau malas. Dan satu lagi sebab ialah post aku terlalu berharap
kepada gambar2 yang diambil. Dan aku pulak dan lama tinggal pegang DSLR jadi
tak ada apa2 bahan untuk dibahankan. Insyaallah, aku akan cuba untuk up sesuatu
yang tak pasti…
Wednesday, June 26, 2013
Larian Kitar Semula 2013 - Stadium Darulaman
.jpg)
Beberapa rakaman gambar sekitar dan suasana ketika Larian Kitar Semula 2013 berlangsung... (tak ada idea nak tulis apa-apa)...
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Subscribe to:
Posts (Atom)






