Tuesday, May 20, 2014

No Title

Nak buh cerita apa ar...

Saturday, December 14, 2013

Border Pass



Danok, Thailand ? Isteri aku tiba-tiba bercadang sedemikian untuk hujung minggu ni. Aku terdiam seketika. Sebenarnya aku tak pernah sampai atau pergi ke Danok walaupun Danok hanya berjiran sangat-sangat dengan Bukit Kayu Hitam. Malu betul sebagai penduduk di Kedah tak pernah ke Danok, hahaha

Kalau nak ke Danok kena buat Pas Sempadan (Border Pass) dulu. Bila nak buat border pass nih ? Esok dah la nak pergi ke Danok. Mahu tidak mahu malam ni jugak la kena buat border pass. Satu-satunya pejabat Imigresen yang masih beroperasi sehingga pukul 10.00 malam ialah pejabat imegresen di bangunan UTC kat tengah bandar  Alor Setar.


Bangunan UTC Alor Setar

 Dengan masa yang ada agak terhad, ditambah aku dan anak aku ketiadaan gambar passport (isteri dah ada), memang keadaan jadi kelam kabut dengan masa yang tinggal hanya satu jam ke pukul 10.00 malam. Destinasi pertama ialah kedai gambar untuk ambil gambar passport (kedai berdekatan dengan bangunan UTC). Aku tiada masalah untuk diambil gambar tapi anak aku yang umur setahun lebih ni agak susah dia nak pose (merengek memanjang). Alhamdulillah, selesai sudah dan jam pula menunjukkan pukul 9.35 malam.

Amoi kedai gambar tengah edit gambar passport kami


Kami anak beranak terkejar-kejar ke bangunan UTC, Pejabat Imigresen terletak di tingkat dua, dan malangnya kena menapak naik guna tangga (escalator rosak atau renovate ?). Semput jugak la sementara nak sampai depan kaunter pejabat Imigresen tu. Aku terus pi meluru kat  Kak Long Imgeresen yang sentiasa standby di kaunter pertanyaan dan beritahu tentang tujuan aku ke sini. Maka Kak Long tu pun meminta ‘bahan-bahan’ yang diperlukan untuk border pass dapat diproses. 


  • Gambar berukuran passport 2 keping setiap seorang (aku, isteri dan anak)
  • Kad pengenalan setiap seorang (aku, isteri dan anak)
  • Sijil kelahiran anak aku (bawah umur 12 tahun)
  • Duit sebanyak RM 10.00
Menunggu giliran di Pejabat Imigresen


Kebetulan masa tu tak ramai orang datang berurusan, jadi proses untuk buat border pass hanya memakan masa 10 minit saja. Elok-elok jam pun pukul 10.00 malam kami selesai berurusan dan akhirnya memperolehi sekeping kertas ala-ala slip peperiksaan SPM yang diberi nama Pas Sempadan atau lebih sedap disebut Border Pass.

Border Pass dah siap





Saturday, October 19, 2013

Majlis Ibadah Korban Aidiladha 2013

Tidak banyak yang aku dapat kisahkan. Aidiladha tahun ini aku tidak buat korban apa-apa (tahun lepas buat aqiqah anak), cuma mak mertua buat ibadah korban untuk tahun ini setompok. Aku macam biasa berkesempatan untuk merakamkan peristiwa ibadah korban tersebut melalui lensa kamera... tidak banyak gambar yang dirakamkan.