Wednesday, February 06, 2013

Nikon Photo Search 2013 – Alor Setar



Pada 2 Feb 2013, hari Sabtu aku berkesempatan untuk join Nikon Photo Search yang dianjurkan oleh Nikon Club Malaysia dan ini merupakan penyertaan pertama aku bagi tahun 2013. Cara pertandingan Nikon Photo Search mudah saja (susah), diberi soalan (35 soalan), jawab soalan dengan cara ambil gambar untuk menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul.


Bilangan peserta boleh dikatakan agak ramai iaitu lebih dari 100 orang. Satu group perlu ada 3 orang peserta dan dalam group aku N11 ahlinya ialah En Shah Abdullah dan Cikgu Lan. Tempat pendaftaran dan tempat permulaan ialah di Balai Seni Negeri Kedah pada pukul 9.00 pagi dan berakhir di restoran KFC Limbong Kapal. Tempoh masa yang diberikan adalah 3 jam untuk menjawab semua soalan. 







Malangnya group aku tak dapat jawab semua soalan yang diberikan (tak termasuk jawapan yang salah lagi tu). Group aku menamatkan acara lebih kurang dalam pukul 12.15 tengahari. Semua group perlu menyerahkan jawapan kepada juri yang telah menunggu dalam restoran KFC. Setalah jawapan diserahkan acara seterusnya ialah melantak KFC sebab dah tengahari dan lagipun setiap peserta dapat baucer KFC bernilai RM15










Untuk keputusan bagi Nikon Photo Search 2013 - Alor Setar yang telah diumumkan pada 6 Feb 2013 di laman sesawang rasmi Nikon Club Malaysia, group aku N11 berjaya merangkul hadiah saguhati  (57 markah). Hadiah merupakan sebuah thumb drive Nikon edisi terhad & thumbler Nikon. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Aku rasa amat puas hati dan enjoy sepanjang event ini berlangsung dan ini adalah pengalaman amat bermakna sebab menang hadiah saguhati… hehehe. Terima kasih kepada En Shah Abdullah dan Cikgu Lan yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk event ini. Terima kasih kepada juri yang mengadili acara ini dan terima kasih Nikon dan harap akan ada event lain di Kedah untuk masa mendatang…